Connect with us

Kisah

Hidup Bukan Kerana Pujian Manusia! Tidak Panggil Media, Gambar Tuan Nik Ezanee Menghulurkan Pertolongan Tetap Tular Beri Inspirasi

Published

on

Hidup Bukan Kerana Pujian Manusia Tidak Panggil Media Gambar Tuan Nik Ezanee Menghulurkan Pertolongan Tetap Tular Beri Inspirasi

Hidup Bukan Kerana Pujian Manusia! Tidak Panggil Media, Gambar Tuan Nik Ezanee Menghulurkan Pertolongan Tetap Tular Beri Inspirasi

Pada masa kini, Ramai rakyat di Malaysia yang terjejas akibat daripada pandemik ini. Dengan berlakunya pandemik covid 19 ini kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan pkp di seluruh Malaysia. Namun, dengan terhadnya pergerakan, rakyat Malaysia susah untuk bekerja untuk mendapatkan hasil pendapatan untuk menyarah keluarga. Ekonomi semakin terjejas dan ramai yang semakin kurang bekalan makanan. Banyak yang risau bagaimana untuk meneruskan kehidupan akibat dari kekurangan bekalan makanan ini. Di atas keprihatinan rakyat malaysia, Masih ramai yang ingin membantu untuk mereka yang kurang berkemampuan. Dari rakyat sampai ke berpangkat semuanya menghulurkan bantuan. Masih ingat lagi dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal?

Di awal Januari tahun ini viral kisah seorang ibu ditangkap mencuri di pasar raya demi anak atas desakan hidup. Namun atas dasar perikemanusiaan beliau membantu keluarga itu dengan menyediakan bekalanan makanan dan ubatan. Kisah menyentuh hati ini mendapat liputan meluas media.

Dan kini dalam suasana yang berbeza, beliau tampil sekali lagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),dilaksanakan sejak Jun hingga kini.

Senior Asisten Komisioner Tuan Nik Ezanee dan kakitangan bergegas menghulurkan bantuan makanan di kawasan sekitar. Tidak perlu media untuk berbakti kepada masyarakat, tindakan murni beliau mendapat pujian hingga ada yang berkongsi gambar menerusi grup whatsapp.

Pada waktu sama, beberapa foto kelihatan telah tular di media sosial. Nyata sikap rendah diri dan prihatian menjadi jati diri buat dirinya untuk kekal membantu biarpun kini menyandang jawatan tinggi.

Sepertimana yang dikongsi oleh seorang lelaki Syahril A. Kadir menerusi perkongsian facebook miliknya.

Tanpa liputan media untuk memberi bantuan

211199830 10159350803233050 3012192521449371872 n

Lama tak dengar cerita Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee kita. Tup tup tadi muncul di kawasan perumahan saya bagi bantuan barangan asas pada penduduk yang tidak berkemampuan.

Media seorang pun tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup Whatsapp kejiranan kami.

Jarang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) yang pangkat keris bersilang bagai atas bahu, boleh buat benda-benda macam ni. Luar biasa.

205385744 10159350803023050 1886581312801932975 n 450x360 1

Kata motivasi Nik Ezanee

Tidak pernah mengharapkan liputan meluas media, jauh di sudut hati beliau menabur bakti tanpa mengharapkan balasan dengan harapan dapat mengurangkan beban yang ditanggung buat yang terkesan.

Lebih teruja, apabila perkongsian itu mendapat maklum balas Nik Ezanee yang melontarkan katas-kata motivasi di ruangan komen.

“Terima kasih sahabat. Setiap hari kita mempunyai pilihan. Samada nak marah atau sayang, nak bersatu atau bergaduh sesama sendiri, nak frust atau jadi sumber inspirasi, nak pentingkan diri atau memberi, nak berpeluk tubuh atau bangun dan buat sesuatu.”

“Kadang-kadang susah nak pilih. Dunia ni kompleks. Pilihlah kebaikan.. In shaa Allah, akan dipermudahkan.”

CapturePOLIS

Dalam pada itu, sikap rendah diri dan prihatin beliau mendapat pujian, malah ada mendoakan agar bergelar ketua polis negara.

polis

polis2

poliss

Beberapa keping foto turut tular di media sosial

205977873 992394461532232 6273897488756289904 n

205681911 10159350803108050 3149817017082293023 n

210990336 10159350803343050 2204560422659493966 n

Majalah ilmu: Tahniah tuan! Semoga jasa baik beliau akan menjadi inspirasi kepada yang lain. Semoga semua yang dalam kesusahan diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT. Semoga keluarga yang dalam kesusahan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Sumber: Syahril A. Kadir / Keluarga

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.