Kisah
Artis Barat Ini Memeluk Islam Semasa Remaja, Lelaki Mualaf Berjaya Tulis 30 Juzuk Al-Quran

Artis Barat Ini Memeluk Islam Semasa Remaja, Lelaki Mualaf Berjaya Tulis 30 Juzuk Al-Quran
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa ramai sebenarnya artis barat yang beragama Islam. Ada diantara mereka telah memilih untuk memeluk Islam sejak masih usia muda lagi kerana mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.
Jae Deen atau nama sebenarnya Joshua Asare telah memeluk Islam semasa berusia 15 tahun lagi. Hidayah diterima ketika itu apabila seorang sahabatnya telah memperdengarkan surah Maryam kepadanya.
Tulis ayat al-Quran sambil membaca
Sejak dari itu, Jae Deen mulai mendalami Islam disamping memperlajari al-Quran. Dia juga mengambil inisiatif dengan membaca dan menulis kembali 30 juzuk kitab suci itu bagi memahami 114 surah yang ada didalam kalam Allah.
Perkara tersebut mengambil masa kira-kira 6 bulan dan berkat kegigihannya, dia berjaya melakukan itu semua dengan senang hati.
View this post on Instagram
Ada lagu2 ketuhanan
Oleh sebab itu, Jae Deen telah mengeluarkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan dalam genre rap dan berjaya menambat hati pendengar terutamanya di YouTube.
Jadi inspirasi kepada semua Muslim
Menerusi perkongsian yang sangat menarik daripada selebriti barat berkaitan perkembangannya dalam Islam selepas bergelar Muslim, ia sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada umum berkaitan kesungguhannya meneroka al-Quran dengan lebih mendalam.
Mengambil kesusasteraan Arab sebagai subjek utama semasa dikolej menjadikan penyanyi itu lebih bersemangat merealisasikan impiannya menulis dan membaca al-Quran dengan lancar dan memahami setiap butiran didalamnya.
Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya. Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.
Sumber : Jae Deen / Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.