AGAMA
Jadi Anak Susuan, Tak Boleh Kahwin. Tertukar Anak Sudah Susu Badan

Jadi Anak Susuan, Tak Boleh Kahwin. Tertukar Anak Sudah Susu Badan
Beberapa hari ini tular mengenai ins iden melibatkan seorang usahawan produk kosmetik, Siti Suriani Wahiddin.
Wanita yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall itu mendedahkan bahawa anak keduanya yang baru lahir tertukar dengan bayi lain pada Sabtu.
Situasi tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan Siti Jamumall menyusukan kedua-dua bayi termasuk anak yang tertukar terbabit.
Persoalannya, bagaimana nasib bayi yang telah menerima susu badan daripada wanita bukan ibu kandung?
Pendakwah bebas, Mohd Fikri Che Hussain berkata Islam ada jawapannya.
Menurut beliau Islam membenarkan seseorang ibu menyusukan bayi lain. Ini disebabkan dalam setengah keadaan ia adalah untuk memenuhi keperluan tertentu misalnya, ibu bayi tersebut men inggal dunia selepas bersalin ataupun ibu men ghidap peny akit menghalangnya menyusukan anak.
Maka, keadaan sedemikian memerlukan wanita lain membantu memberi susu badan demi kel angsungan kehidupan bayi tersebut.
Islam menggalakkan perbuatan tersebut sebagai satu cara dalam melakukan kebajikan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Sa’diyah.
“Anak susuan ialah bayi berusia kurang dua tahun dan telah disusukan seorang wanita yang bukan ibunya sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi kenyang.
“Anak susuan itu tidak dikhususkan kepada orang tertentu, tetapi secara umum sama ada bayi berkenaan merupakan anak angkat, anak saudara atau anak sesiapa sahaja yang diberikan susu badan sehingga kenyang,” katanya.
Hubungan anak susuan dengan ibu susuan
Menurut Mohd Fikri, jika seorang wanita menyusukan bayi lain, maka anak itu menjadi anak susuan dan dikira sebagai mahram dengan dua syarat:
Pertama
Penyusuan itu dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah (Qamariyah).
Seandainya, penyusuan dilakukan kepada kanak-kanak berusia lebih dari dua tahun ia tidak mengakibatkan persoalan mahram dan dikira aurat orang asing sebagaimana biasa.
Kedua
Wanita itu telah menyusukan bayi tersebut sebanyak lima kali susuan pada waktu yang terpisah-pisah. Maka, penyusuan kurang daripada lima kali tidak membabitkan persoalan mahram.
Katanya, jika penyusuan telah memenuhi dua syarat di atas barulah bayi yang disusukan itu menjadi anak susuan.
Selain itu, berkaitan hukum mahram. Misalnya, bayi itu lelaki haram hukumnya mengahwini ibu susuan.
Pada masa sama, haram mengahwini perempuan yang pernah disusui ibu susuan itu termasuklah anak perempuan atau cucu perempuan.
Adakah anak susuan berhak ke atas harta selepas ibu susuan men inggal dunia?
Anak susuan tidak berhak ke atas harta peni nggalan ibu susuan daripada aspek pembahagian pusaka.
Namun begitu, ia dibolehkan jika pemberian harta dalam bentuk hadiah atau wa siat yang tidak melebihi 1/3 dari keseluruhan harta ibu susuan.
Hubungan adik-beradik susuan sebagai mahram muabbad
Adik-beradik susuan daripada anak kandung ibu dan bapa susuan dikira sebagai mahram muabbad (kekal).
- Selepas bayi itu menyusu daripada ibu susuan, mereka adalah mahram kepadanya secara kekal sebagaimana berikut:
- Ibu yang menyusukan
- Suami ibu susuan
- Ibu bapa kepada ibu susuan
- Ibu bapa kepada suami ibu susuan
- Adik-beradik kepada ibu susuan
- Adik-beradik kepada bapa susuan
- Anak-anak dan cucu kepada ibu dan bapa susuan
- Anak-anak dan cucu kepada ibu susuan
- Anak-anak dan cucu kepada bapa susuan
Ini bermakna mereka tidak boleh berkahwin dan tidak batal wuduk jika bersentuhan dan batas au rat seperti adik-beradik kandung.
Namun dari segi mahram, hanya dengan ibu susuan, ayah dan adik beradik kandung daripada susuan yang sama sahaja.
Bagaimanapun, dengan ahli keluarga lain tetap bukan mahram seperti ibu saudara, ayah saudara, anak ibu saudara dan sebagainya.
Begitu juga dari aspek wali, ayah susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuan susuan kerana mereka perlu mendapatkan ayah kandung menjadi wali.
Sekiranya bapa kandung tiada atau tidak dapat ditemui, maka anak susuan tadi perlu menggunakan khidmat wali hakim.
Penting menjaga nasab dan kemuliaan keturunan
Adalah mustahak bagi kita menjaga nasab dan kemuliaan keturunan agar tidak berlakunya perkahwinan antara ahli keluarga anak susuan dan ibu susuan yang mahram.
Menurut Mohd Fikri, cara terbaik untuk menghindar perkahwinan antara ahli keluarga dan anak susuan yang mahram pada masa akan datang melalui:
a) Ibu susuan hendaklah memberitahu kepada suami atau keluarga terdekat bahawa telah menyusu bayi tersebut sejak usia masih kecil.
b) Hubungan silaturrahim antara ibu susuan dan anak susuan hendaklah tidak terputus.
c) Ibu susuan perlu bertindak menerangkan secara terperinci kepada ahli keluarga terdekat agar tidak berlaku percampuran perkahwinan dan kekeliruan pada masa akan datang.
Diharapkan korang yang pernah berdepan situasi ibu susuan harus mengambil berat langkah-langkah berkenaan.
Kad MyRadha’ah
Bagi mereka yang tinggal di Selangor, pendaftaran kad khas boleh dibuat bagi bayi yang menyusu daripada wanita bukan ibu kandung untuk mengelak masalah kekeliruan nasab.
Kad MyRadha’ah itu bertujuan merekodkan pendaftaran anak dan ibu susuan supaya anak susuan tidak berkahwin dengan saudara susuan, selain memperkenalkan identiti mereka dan menjaga keturunan umat Islam melalui proses nikah sah.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka pendaftaran di setiap Pejabat Agama Islam Daerah bagi menggalakkan pendaftaran, sekali gus mengharapkan dapat menjaga dan memelihara nasab atau keturunan bagi ibu dan anak susuan.
Majalah ilmu: Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi sedikit ilmu kepada kita. Harap kepada yang bakal bergelar ibu dapat sedikit ilmu untuk masa akan datang.
Sumber: sinarplus
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.