AGAMA
Tanda Iblis Menipu Kita Sewaktu Kita Bersedekah, Moga Dijauhkan
Tanda Iblis Menipu Kita Sewaktu Kita Bersedekah, Moga Dijauhkan
Ikuti petikan daripada arti kel Tipu Daya Iblis Dalam Bersedekah. Rujukan : Talbis Iblis Dalam Bersedekah – Dr Zaharuddin
Sebenarnya rahsia sedekah ini, hanya dapat dirasai oleh orang yang suka bersedekah yang bermakna, lepas anda bersedekah, baru anda akan tahu. Walaupun banyak kali saya boleh cerita kisah benar pasal sedekah ini, akan akan still sukar untuk melakukannya kerana anda belum merasai kelebihannya.
Ingatlah, Allah SWT tidak pernah menzali mi hamba-hambaNya dan setiap kesenangan akan berlaku selepas kesusahan. Teruskan bersedekah dan bersabarlah. Yakinlah dengan Allah SWT dan jika anda rasa tidak yakin serta ragu-ragu, itu hanyalah tipu daya syaitan sahaja. Sebagaimana Firman Allah di bawah:
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang ke ji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
(Al-Baqarah 2:268)
Mengapa kita malas untuk bersedekah ?
Jawapannya senang sahaja iaitu kita semua sudah ditipu iblis atau syaitan. Di antara tipu daya iblis adalah:
1. Iblis mengajak mereka sedekah pada orang-orang yang jauh dan tidak dikenali. Padahal sedekah sepatutnya dimulakan dengan kaum kerabat yang terdekat dahulu. Jika, kaum kerabat semuanya mampu dan tidak memerlukan sedekah anda, barulah anda mencari sesiapa yang memerlukannya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:
اَلصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِيْنِ صَدَقَةٌ وَ هِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ : صَدَقَةٌ وَ صِلَةٌ
“Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, dan kepada kerabat ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim, Shahihul Jami’ no. 3858)
2. Iblis menghasut mereka agar selalu pergi haji dan umrah. Sepatutnya ini adalah perkara yang baik tetapi tipu daya iblis berlaku apabila sesorang yang pergi haji atau umrah banyak kali sehingga hutang pun tidak dibayarnya. Malah, amalan haji atau umrah ini dijadikan alasannya untuk kumpul duit sehingga dia tidak mahu untuk bersedekah.
3. Dalam wasiat pula, mereka yang ditipu iblis supaya mewasiatkan harta mereka kepada yang bukan ahli warisnya. Walhal, wasiat sepatutnya diberikan kepada ahli waris.
4. Untuk orang yang masih mampu bekerja, mereka ditipu iblis sehingga menyebabkan mereka suka meminta-minta kepada manusia untuk menambah kekayaan mereka. Padahal Nabi SAW sudah bersabda dalam beberapa hadis di bawah:
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ
“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.”
(HR. Bukhari, no. 1474; Muslim, no. 1040)
Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ
“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.”
(HR. Ahmad 4: 165.)
Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْمَسْأَلَةُ كَدٌّ يَكُدُّ بِهَا الرَّجُلُ وَجْهَهُ إِلَّا أَنْ يَسْأَلَ الرَّجُلُ سُلْطَانًا أَوْ فِي أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ
“Meminta-minta adalah seperti seseorang mencakar wajahnya sendiri kecuali jika ia meminta-minta pada penguasa atau pada perkara yang benar-benar ia perlu.”
(HR. An-Nasa’i, no. 2600; Tirmidzi, no. 681; Ahmad, 5: 19)
Berdasarkan hadis di atas, elakkanlah diri kita daripada meminta-minta dan hukumnya haram dalam Islam jika kita masih mampu untuk bekerja atau berikihar mencari rezeki.
5. Untuk orang yang kaya pula, Iblis akan membuat tipu daya kepada mereka sehingga mereka berlebih-lebihan dalam berbelanja sehingga membazir dan menyebabkan mereka tidak suka untuk bersedekah. Mereka hanya fikir duit yang mereka dapati adalah hasil daripada usaha penat lelah mereka dan merekalah yang lebih layak untuk membelanjakannya. Fikiran seperti ini adalah sangat tercela dalam Islam kerana segala rezeki kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT bukan disebabkan usaha kita semata-mata.
Kesimpulan
Saya menutup arti kel kali ini dengan kata-kata yang menarik daripada Ibnu Jauzi iaiti “Kalau anda betul-betul fakir, tutup sedaya upaya tanda kefakiran anda dan hanya meminta-minta pada Allah SWT.” Itulah yang terbaik kerana meminta pada selain Allah sangatlah tidak digalakkan dalam Islam kecuali terdesak.
Contoh terbaik anda pada kisah Abdurrahman Bin Auf r.a. yang berhijirah sehelai sepinggang dan apabila ditawarkan kekayaan oleh saudara se-Islamnya tanpa usaha. Beliau menolakknya tanpa fikir panjang sambil berdoa agar Allah memberkati rezeki saudaranya itu dan hanya bertanya dimanakah pasar untuk belaiu mula berniaga. Sebab utama beliau melakukan sedemikian rupa adalah kerana beliau tahu, beliau masih mampu untuk bekerja dan tidak mahu menjadi orang yang suka meminta-minta.
Akhir kalam, jika anda diberikan rezeki oleh Allah SWT yang banyak, perbanyakkan bersedekah kepada orang yang susah dan lebih memerlukan daripada anda. Utamakan kepada ahli keluarga anda, orang-orang fakir miskin dan juga masjid yang hendak dibina. Semoga Allah sentiasa memberkati rezeki kita semua. Aaminn.
Wallahua`lam.
Sumber : malayajournal
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.