Connect with us

Keluarga

Setelah sekian lama menaiki motor berpanas, lepas pengeluaran duit KWSP 10K, akhirnya anak dua baru merasa memiliki sebuah kereta, biar pun kecil namun maknanya cukup besar buat keluarga ini

Published

on

fdhbgv

Setelah sekian lama menaiki motor berpanas, lepas pengeluaran duit KWSP 10K, akhirnya anak dua baru merasa memiliki sebuah kereta, biar pun kecil namun maknanya cukup besar buat keluarga ini

Ternyata pengeluaran duit KWSP 10K dapat membantu ramai orang yang terjejas. Bukan terhad kepada persiapan raya, malahan ada di kalangan mak ayah yang menanti-nantikan duit KWSP ini untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Luah pengguna TikTok, @hello eyka, rezeki anak-anak apabila dapat membeli sebuah kereta kancil setelah berjaya mengeluarkan duit KWSP.

klik untuk video tik tok

451189

Sebelum Ni Naik Motor Berpanas

Bagi keluarga kecil ini, setelah sekian lama menaiki motor ke sana, sini akhirnya mereka berjaya memiliki sebuah kereta. Biar pun kecil namun maknanya cukup besar buat keluarga kecil ini.

Video yang dikongsi ini mendapat pelbagai reaksi orang ramai malah ada yang turut meluahkan turut mengalami nasib yang sama.

451190 1

Dapat Duit KWSP Beli Kereta

Dalam masa yang sama, wanita ini turut kongsikan muka bahagia anaknya apabila diambil di sekolah dengan menaiki kereta “baru”. Reaksi anak ini cukup membuatkan semua netizen turut menumpang rasa bahagia.

451193

klik di sini untuk video tiktok

Komen Netizen

Ternyata video ini membuatkan ramai yang berasa insaf dan bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Di saat kita merasakan diri kita susah, rupanya lebih ramai yang mengalami kesukaran hidup di luar sana.

 

451191

451192

Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang Allah berikan. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Sumber : TikTok hello eyka

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.