Connect with us

Kisah

Baru Semalam Memeluk Islam, Hari Ini Telah Dijemput Ilahi. Pengakhiran Yang Dicemburui Ramai

Published

on

Baru Semalam Memeluk Islam Hari Ini Telah Dijemput Ilahi. Pengakhiran Yang Dicemburui Ramai

Baru Semalam Memeluk Islam, Hari Ini Telah Dijemput Ilahi. Pengakhiran Yang Dicemburui Ramai

Rezeki, ajal dan jodoh itu adalah rahsia daripada Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu kapan bila pengakhiran seseorang itu, bagaimana pengakhiran seseorang itu. Manusia tidak ada kuasa untuk mengetahuinya. Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Baru memeluk Islam

Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Othman Abu Bakar, satu kematian telah berlaku yang melibatkan jenazah seorang mualaf.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas sehari memeluk Islam. Oleh itu, jenazahnya telah pun selamat disemadikan sebagai seorang Muslim.

Screenshot 2020 05 28 at 2.30.06 PM

Semoga syurga tempatnya

Othman turut mendoakan agar jenazah lelaki yang dikenali sebagai Tan Foo Hock ditempatkan di syurga. Diakhir coretan ringkas tersebut, sumber telah menyatakan bahawa tidak siapa yang mengetahui kesudahan hidup seseorang seperti yang terjadi kepada saudara baru kita itu.

Sehubungan dengan muat naik terbabit, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mualaf itu yang pulang bertemu Penciptanya di bulan mulia. Mereka juga mengagumi kebesaran Allah dengan apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Screenshot 2020 05 28 at 2.36.09 PM

Pengakhiran yang baik. Inn shaa Allah

Screenshot 2020 05 28 at 2.36.29 PM

Seperti bayi baru lahir…

Screenshot 2020 05 28 at 2.36.17 PM

Majalah ilmu: Beringatlah lah bahawa yang paling dekat kepada kita adalah kematian. Kita sebagai manusia perlu patuh kepada segala perintah Allah. Semoga kita semua mendapat khusnul khotimah.

Sumber : Othman Abu Bakar / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.