Connect with us

Kisah

Adam Corrie Mengimbas Kembali Dapat Petunjuk Dari Mimpi ‘Semoga Allah Sentiasa Kukuhkan Iman, Istiqamah Selalu’

Avatar of majalahilmu

Published

on

Adam Corrie Mengimbas Kembali Dapat Petunjuk Dari Mimpi Semoga Allah Sentiasa Kukuhkan Iman Istiqamah Selalu

Adam Corrie Mengimbas Kembali Dapat Petunjuk Dari Mimpi ‘Semoga Allah Sentiasa Kukuhkan Iman, Istiqamah Selalu’

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitulah kisah seorang individu ini. Menyelusuri kehidupan figura pelakon, koreografer tarian, koreografer aksi lasak, pendakwah bebas dan usahawan bernama Adam Corrie Lee Abdullah hatinya cukup cekal sebagai seorang saudara baru.

adam1 1086x1536 1

14 tahun bergelar mualaf iaitu pada tahun 2007 anak kelahiran Pulau Pinang ini menyatakan sebelum memeluk Islam dia berkeinginan untuk mengharungi kehidupan yang lebih baik.

Menerusi entri di laman Instagramnya, Adam Corrie Lee mengimbas kembali kisah 14 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.

adam2

“Saya masih ingat lagi. Pada waktu pagi sekitar 3-4 pagi pada 13/7/2007 iaitu 14 tahun yg lalu.

“Ketika itu saya belum Kembali pada fitrah (belum kembai Islam).

“Saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah, Ya Allah , sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petujuk,” tulis Adam Corrie.

213759645 134139312183660 6796389242326829048 n

Dapat Petunjuk Dalam Mimpi

Akui suami kepada Fazima Fuad atau lebih mesra dengan panggilan Fazi dan bapa kepada Adam Fateh Lee ini, dia mendapat petunjuk dalam mimpi.

“Saya dapat petujuk dalam mimpi dan terjaga ketika azan subuh berkumandang.

“Paginya saya pergi Perkim mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.

180651716 1784288155077798 4672499493309302764

214341198 594309381534615 2652191478290969543 n

Allah Berikan Taufik Dan Hidayah

“Alhamdulillah Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.

“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah dalam Islam dalm diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik dan insyaAllah hati tenang,” sambung Adam Corrie.

Majalah ilmu: Semoga terus istiqomah dalam melakukan kebaikan dan diberikan kekuatan untuk menjadi pendakwah.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Adam Corrie Lee / Mingguanwanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.