Kisah
Seekor Kucing Yang Dipercayai M4ngsa Temb4k Senap4ng Angin, Mend3rita Perut Besar Berisi Nan4h
Seekor Kucing Yang Dipercayai M4ngsa Temb4k Senap4ng Angin, Mend3rita Perut Besar Berisi Nan4h
Kucing adalah haiwan peliharaan kesayangan kerana sifatnya yang jinak dan comelnya mampu menambat hati. Namun, masih ada individu yang tidak bertanggungjawab dan sanggup melakukan kekejaman kepada haiwan ini. Tindakan yang dibuat langsung tidak berhati perut dan seolah-olah mengabaikan fakta bahawa si bulu juga mempunyai perasaan seperti makhluk bernyawa yang lain.
Dalam satu video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan seekor kucing berwarna putih bertompok oren mengalami masalah perut yang membesar hingga kelihatan mengerikan. Lebih memilukan, haiwan berkenaan juga dilihat mengalami kesukaran untuk berjalan. Pada awalnya, tiada sesiapa pun tahu punca yang menyebabkannya menderita sedemikian rupa.
3 d4s peluru di dalam p3rutnya
Kucing ini diselamatkan oleh pemilik pusat perlindungan haiwan iaitu dikenali sebagai Rumah Singgah Clow. Di pusat perlindungan ini, mereka telah membuka dana untuk membantu kucing betina ini mendapatkan rawatan selanjutnya.
Apabila dibawa bertemu pakar, barulah mereka mengetahui bahawa perut kucing ini dipenuhi nanah, didakwa ditembak oleh individu tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan senapang angin.
Kucing ini akhirnya berjaya diselamatkan melalui pembedahan. Ketika nanah dikeluarkan daripada perutnya, doktor turut menemui 3 butir peluru yang dikesan lebih awal melalui imbasan x-ray.
P3luru yang masuk dalam p3rutnya
Selepas penderitaannya hilang, khabarnya kucing comel ini bakal dijaga oleh seorang individu yang baik hati. Bagaimanapun, si comel ini hanya akan bertemu dengan tuan baharunya selepas tempoh rawatannya berakhir.
Rata-rata warganet melahirkan rasa syukur kerana penderitaan si bulu comel ini berakhir. Mereka juga tidak menyangka ada manusia yang tergamak melakukan tindakan kejam sedemikian.
Klik untuk video instagram
Sumber: Rumahsinggahclow , Merdeka.com
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.