Kisah
Cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, mualaf ini berjaya mengislamkan 20 individu yang tidak dikenali
![Cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, mualaf ini berjaya mengislamkan 20 individu yang tidak dikenali 1 kjnfds](https://majalahilmu.com/wp-content/uploads/2022/04/kjnfds.jpg)
Cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, mualaf ini berjaya mengislamkan 20 individu yang tidak dikenali
Mohd Kamal Liew Abdullah adalah insan luar biasa, telah mengislamkan seramai 20 individu yang tidak dikenali. Uniknya, cara berdakwahnya hanya dengan menumpang kenderaan orang tidak dikenali sekitar lebuhraya Kajang, Sungai Besi. Kisah ini dikongsi Facebook, Afnan Rosli yang kebetulan menjumpai lelaki istimewa ini di lebuhraya di Bangi.
Katanya, mualaf itu menahan keretanya dan telah memeluk Islam, sejak 20 tahun lalu. Meskipun tidak bekerja, hidup merempat dengan menumpang teduh di surau, masjid, bawah jambatan namun ia tidak menjadi penghalang untuk dirinya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
“Apa yang menariknya. Pakcik Kamal membuat keputusan yang saya rasa tiada siapa pun antara kita sanggup buat. “Dia kata dari merempat je, baik berdakwah. Setiap hari pakcik ini akan tahan kereta dari tol Sungai Besi ke arah tol Kajang atau Bangi. Bila sampai sana dia akan tahan kereta lain untuk balik ke tol Sungai Besi sebanyak tiga kali. Bunyi macam Peelik kan?,” katanya.
Jelasnya, Kamal bukan sahaja menumpang kereta orang Islam sebaliknya sesiapa sahaja. “Pakcik Kamal buat macam itu sebab dia kata kalau orang bukan Islam tumpangkan, dia boleh berdakwah tentang Islam, kalau orang Islam tumpangkan, dia akan ingatkan tentang Islam,” katanya.
Paling menariknya, Kamal yang hidup sehelai sepinggang ini akan membuat ‘over time’ pada hujung minggu kerana menyasarkan anak muda sekaligus dapat menyampaikan dakwah.
Dia dipinggirkan keluarganya telah melakukan kerja amal itu belasan tahun dan kini telah menunaikan umrah sebanyak tiga kali atas tajaan individu tidak dikenali.
Bak kata Ustaz Ebit Lew, ada orang, dia tak terkenal oleh penduduk bumi, tapi seluruh penduduk langit kenal dia, ada orang, dia tak kaya di dunia tapi di akhirat beliaulah orang paling kaya raya.
sumber: mysumbermaya
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.