AGAMA
Sebentar Lagi Gerhana Matahari Separa Akan Berlaku, Ini Tatacara Betul Solat Sunat Gerhana Matahari.

Sebentar Lagi Gerhana Matahari Separa Akan Berlaku, Ini Tatacara Betul Solat Sunat Gerhana Matahari.
Hari ini kita bakal menyaksikan satu lagi kebesaran ALLAH yang begitu menakjubkan. Ia adalah fenomena gerhana matahari separa.
Insya-ALLAH ia akan berlaku pada waktu petang. Sempatlah semua orang saksikan peristiwa yang bukan selalu kita dapat lihat.
Ini waktu sebenar bila berlakunya fenomena ini, bolehlah merujuk gambar di bawah. Ini kerana, waktu di setiap negeri adalah berbeza.
Di Kuala Lumpur misalnya, fenomena itu dijangka akan bermula jam 2.50 petang hingga 4.54 petang, Selangor pula pada jam 2.50 petang hingga 4.53 petang dan Perak antara jam 2.42 petang hingga 4.56 petang.
Namun, bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, gerhana matahari separa akan mula jam 3.09 petang hingga 5.24 petang.
Bila berlakunya fenomena gerhana matahari separa, jangan lepaskan peluang untuk tunaikan solat sunat kusuf.
Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari sama ada secara bersendirian atau berjemaah.
Ia sepertimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi laman sosial Facebook milik jabatan itu baru-baru ini.
Jom kita tengok satu persatu macam mana nak tunaikan solat sunat gerhana matahari (kusuf).
Rakaat pertama:
1. Takbiratul ihram dan niat
2. Membaca doa iftitah, Surah al-Fatihah dan surah pilihan
3. Rukuk
4. Kemudian, bangkit membaca Surah al-Fatihah dan surah pilihan
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Sujud
Rakaat kedua:
10. Ulangi rakaat kedua seperi rakaat yang pertama
11. Tasyahud akhir
12. Salam
- Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi untuk solat gerhana seperti hendak solat Jumaat.
- Disunatkan untuk membaca khutbah khas gerhana. Untuk mereka yang tinggal di negeri Selangor, muat turun di laman web Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Insyallah mudahkan untuk tunaikan solat sunat gerhana matahari? Jom kita lakukan petang hari ini ketika berlakunya fenomena ini. Tapi lakukannya tatkala fenomena itu sedang berlangsung.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.