Connect with us

AGAMA

Ustaz Ebit Lew Buka 10 Elewsmart Jual Barang Runcit.

Published

on

Alhamdulilah Ustaz Ebit Lew Berjaya buka 10 Cawangan Elews Mart Beliau Mohon Doa Rakyat malaysia.

Ustaz Ebit Lew Buka 10 Elewsmart Jual Barang Runcit.

Menjenamakannya sebagai Elews Mart jual barang runcit, hasrat yang diluahkan menerusi satu hantaran Facebook itu turut memohon doa daripada rakyat malaysia agar hasratnya itu dimakbulkan dan menjadi asbab kebaikan.

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.

Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan Elewsmart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 restoran Paramount Coffee House. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.

Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank. Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

104876656 3293003924063163 7683439317944216851 o

Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan ye semua.

Pohon doakan ya ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kasih semua.

Majalah ilmu : Admin doakan agar ustaz ebit lew di murahkan rezeki dan terus membuat kerja-kerja amal. Insyallah semga Allah SWT terima amalan beliau untuk menjadi bekalan akhirat kelak. Tanda sokongan jangan lupa Taip AMIIN di ruang komen. Terima kasih.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

 

Advertisement
1 Comment

1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Trending

    2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.