INFO
Rupanya watak Fiksyen Dalam Siri Filem Amerika Syarikat Iaitu “John Rambo” Memang Wujud Semasa Perαng Vietnam

Rupanya watak Fiksyen Dalam Siri Filem Amerika Syarikat Iaitu “John Rambo” Memang Wujud Semasa Perαng Vietnam
Mungkin lelaki ini boleh jadi “Rambo” yang sebenar atau yang paling dekat dengan watak fiksyen yang direka oleh Amerika Syarikat tersebut. Apa yang sama? Latar tempat dan plot yang berlaku, bezanya adalah lelaki ini adalah watak yang nyata.
Pada tahun 1965, seorang anggota tentera Amerika Syarikat bernama Roy Benavidez terpijak periuk api semasa melakukan rondaan di Vietnam dan dia kemudian terpaksa dihantar pulang ke Amerika Syarikat untuk rawatan.
Doktor pada masa itu mengatakan dia tak akan boleh berjalan lagi dan mula menyediakan dokumen pelepasan ketenteraan untuk Benavidez, yang bermaksud dia akan dikecualikan dari sebarang kerahan militari.
Walaupun doktor bertegas menasihatkan dia supaya berehat dan jangan banyak bergerak, tapi di luar pengetahuan dan pengawasan doktor, dia mula berlatih pada setiap malam dalam usaha untuk mengembalikan semula keupayaannya untuk berjalan. Apa yang menarik, dia berjaya berjalan semula.
Selepas lebih setahun terlantar di hospital, Benavidez keluar dari hospital pada Julai 1966 dan bertekad mahu kembali bertem.pur di Vietnam. Walaupun masih mengalami kesakitan akibat kesan keced.eraannya, dia kembali ke Vietnam Selatan pada Januari 1968.
Menurut Benavidez, tindakannya yang mahu kembali ke Vietnam adalah satu bentuk tindak balas bagi membuktikan apa yang media siarkan tentang tentera adalah salah. Ketika itu kebanyakan pihak media tidak menyokong campur tangan Amerika dalam krisis di Vietnam.
Ini juga menyebabkan demonstrasi jalanan diadakan hingga membawa kepada tindakan mem.bakar bendera negara oleh para peserta. Ini menguatkan lagi semangat Benavidez mahu kembali ke Vietnam.
Pada 2 Mei 1968 di tengah-tengah Per.ang Vietnam, dia terlibat dalam satu operasi khas untuk menyelamatkan rakan-rakan tenteranya yang terced.era. Oleh kerana mereka ced.era, Benavidez tidak dapat bergerak ke zon pikap helikopter yang terdekat.
Roy Benavidez bertindak melompat dari helikopter yang sedang terapung (30-50 kaki/9-15 meter di udara) dan berlari sejauh 75 meter di bawah ancaman terkena peluru sesat berikutan tem.bak-menem.bak masih berlaku antara musuh dan rakan-rakannya yang terced.era.
Ketika itu satu-satunya yang dia bawa ketika dia melompat dari helikopter hanyalah sebilah pisau. Semasa dia sedang berlari ke arah rakan-rakannya, dia sudah terced.era di kaki kanan, muka dan kepala.
Apabila dia sampai ke posisi pasukannya, Benavidez didapati ced.era parah akibat tem.bakan senjata ringan di bahagian perut dan serpihan b.om tangan di belakangnya. Kemudian, juruterbang helikopter turut ced.era parah dan helikopternya terhem.pas.
Pe.rang Vietnam dikatakan sebagai per.ang yang melibatkan penggunaan helikopter yang paling tinggi
Walaupun dia ced.era parah, Benavidez berjaya membawa lari dokumen sulit dan kembali ke bangkai helikopter, di mana dia membantu rakan-rakan yang ced.era keluar dari helikopter dan mengumpulkan kesemua mangsa yang terselamat ke dalam formasi pertahanan.
Dalam menghadapi hujan peluru musuh, dia bergerak ke sana sini di sekitar anggota skuadnya bagi mengagihkan air minuman serta peluru kepada rakannya yang sedang mempertahankan posisi itu.
Kemudian dia menghubungi pengkalan untuk meminta sokongan udara dan satu lagi cubaan menyelamat. Dia ditem.bak di paha beberapa kali lagi.
Semasa dia menuju ke helikopter penyelamat kedua, dia telah diti.kam oleh musuh tetapi dia berjaya membu.nuh musuh dalam pergelutan tangan kosong walaupun sedang terced.era. Namun dia jatuh pengsan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan.
Apabila mereka berjaya kembali ke pangkalan, dia disahkan meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam beg m.ayat. Semasa orang lain sedang menyediakan beg may.at, dia meludah ke muka doktor dengan sisa tenaga yang masih ada untuk memberitahu yang dia masih hidup.
Roy menerima Distinguished Service Cross dari Jeneral William Westmoreland
Master Sarjan Raul Perez “Roy” Benavidez ialah seorang sarjan di U.S. Army yang telah dianugerahkan Pingat Kehormatan atas tindakan beraninya dalam pertem.puran berhampiran Lộc Ninh, Vietnam Selatan pada 2 Mei 1968 semasa berkhidmat sebagai anggota Army Special Forces dalam Per.ang Vietnam
Dia menyertai Texas Army National Guard pada tahun 1952 semasa Per.ang Korea. Pada Jun 1955, dia dipindahkan daripada Army National Guard kepada US Army secara aktif.
Selepas bersara, dia menetap bersama keluarganya di El Campo, Texas. Benavidez kemudian menjadi aktivis yang bersuara tentang kepentingan pendidikan dan ketenteraan di beberapa pangkalan tentera, sekolah dan pusat perlindungan. Benavidez juga aktif dalam isu Veteran.
Benavidez semasa menghadiri satu majlis meraikan veteran.
Roy Benavidez meninggal dunia pada 29 November 1998 ketika berusia 63 tahun di Pusat Perubatan Tentera Brooke, setelah mengalami kegagalan pernafasan dan komplikasi diabetes.
Kisah keberanian Roy Benavidez ini tidak ada sebarang kaitan mahu pun menjadi inspirasi terhadap kemunculan watak fiksyen dalam siri filem propaganda Amerika Syarikat iaitu John Rambo
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.