Connect with us

Resepi Viral

Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam: Gabungan Unik Rasa Creamy dan Pedas

Published

on

Add a heading 50

Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam: Gabungan Unik Rasa Creamy dan Pedas

Spaghetti Carbonara Tomyam

Rasakan keunikan masakan yang menggabungkan rasa creamy dan pedas dengan resepi Spaghetti Carbonara Tomyam ini. Gabungan antara rasa masam dan pedas tomyam dengan kelembutan creamy carbonara pasti akan menggugah selera anda. Hidangan ini sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau dijamu kepada tetamu istimewa. Jom cuba membuatnya sendiri di rumah!

Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam Creamy dan Pedas dalam Satu Sajian

Spaghetti Carbonara Tomyam
Bahan-bahan:
– 2 sudu besar buttercup
– 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
– 1 tin Cendawan butang (dipotong-potong)
– Cili padi (jika suka pedas)
– 2 kotak kecil cooking cream (400ml) atau boleh guna 1 tin susu cair
– 2 sudu besar pes tomyam
– Udang (ikut pilihan anda)
– Daun limau purut
– Spaghetti (rebus selama 10 minit)

Cara memasak:
1. Cairkan buttercup kemudain tumis bawang putih hingga harum.
2. Masukkan cendawan butang.
3. Tuangkan cooking cream. Jika tiada, guna susu cair pun boleh. Untuk lebih kuah, tambah lebih banyak cooking cream/susu cair.
4. Masukkan pes tomyam.
5. Tambahkan susu pekat, ini bagi yang suka kuah pekat. Tidak letak pun boleh. Kemudian Gaul rata.
6. Masukkan udang/sotong/ayam (ikut pilihan anda) dan cili padi.
7. Campurkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul rata dan hidangkan!

Info tambahan: Tidak perlu letak garam/gula kerana pes tomyam dan susu pekat sudah cukup rasa. Tetapi, boleh tambah ikut selera masing-masing.

Spaghetti Carbonara Tomyam

 

Selamat mencuba!!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending