Connect with us

Resepi Viral

13 Aneka Resepi Lempeng Sedap Untuk Sarapan Pagi, Hanya Guna Bahan Simple Tapi Gebu & Lembut

Published

on

resepi lempeng sedap

13 Aneka Resepi Lempeng Sedap Untuk Sarapan Pagi, Hanya Guna Bahan Simple Tapi Gebu & Lembut

Sebut sahaja pasal sarapan pagi, masyarakat Melayu pasti tidak asing lagi dengan juadah lempeng. Dari carian menunjukkan bahawa asal usul lempeng sudah wujud ribuan tahun yang lalu sekitar 5300 tahun. Bentuknya sama leper dan melekat tetapi seiringnya zaman resepi lempeng sedap berubah-ubah mengikut citarasa sesebuah masyarakat.

Malaysia ada pelbagai resepi lempeng sedap yang menarik

Tidak hanya mempunyai kepelbagaian dari segi bangsa, agama, etnik, dan budaya, negara kita juga sangat istimewa dengan juadah bermula dari sarapan pagi sehinggalah manisan. Ini adalah resepi lempeng sedap yang boleh anda cuba sendiri di rumah dengan bahan-bahan yang cukup ringkas dan menjimatkan masa.

1. Lempeng kelapa parut lemak manis

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut 250gm
  • Tepung gandum 500gm
  • Baking powder 5gm
  • Garam 1 sudu kecil
  • Gula 150gm (secukup rasa)
  • Telur 2 biji (sekiranya mahu)
  • Air biasa (sukatan ikut adunan)

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas sekaligus kecuali air. Kemudian, kacau sehingga rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi likat.
  3. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  4. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan.
  5. Lempeng kelapa siap dihidangkan.

2. Lempeng pisang

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 8 biji pisang (masak)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan terlebih dahulu)
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya:

  1. Pertama sekali, pisang perlu dilenyekkan menggunakan pelenyek atau cawan.
  2. Seterusnya, masukkan pisang yang telah dilenyekkan dan semua bahan ke dalam satu mangkuk.
  3. Kemudian, kacau sehingga sebati dan rata.
  4. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  5. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan.
  6. Lempeng pisang siap dihidangkan.

3. Lempeng sardin

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan adunan:

  • 2 cawan tepung gandum, diayak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  •  2 cawan air
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan inti:

  • 1 tin sardin, dicuci dan tapis
  • 6 biji cili padi, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 3 sudu besar puri tomato
  • 2 biji limau nipis, dibelah dua
  • 3 helai daun limau nipis, dicarik
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Semua bahan adunan disatukan ke dalam bekas. Masukkan air mengikut sukatan yang dimahukan. Adunan lempeng siap.
  2. Seterusnya untuk inti, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumis bawang hingga wangi atas api sederhana besar.
  3. Masukkan sardin dan kacau sehingga masak.
  4. Masukkan cili api, cili merah, puri tomato dan daun limau nipis. Kacau rata.
  5. Perahkan sedikit jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula hingga cukup rasa.
  6. Untuk masak lempeng, perlu panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  7. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan.
  8. Letkkan sedikit inti sardin di atasnya.
  9. Lempeng sardin siap dihidangkan.

4. Lempeng bawang

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 50ml cawan susu
  • 120g tepung gandum
  • 2 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, dihiris nipis
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Masukkan ke semua bahan ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati.
  2. Air dimasukkan sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlalu cari dan terlalu pekat.
  3. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  4. Sendukkan 1/4 adunan dan ratakan. Tutup kuali selama 2 minit dan terbalikkan. Sapu sedikit minyak untuk garingkan lempeng.
  5. Lempeng bawang siap dihidangkan.

5. Lempeng biji sagu

Lempeng biji sagu

Bahan-bahan:

  • Sagu biji (direndam)
  • Kelapa parut muda
  • Gula pasir (secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)
  • Air (ikut sukatan adunan)

Cara-caranya:

  1. Gaul bersama sagu biji, kelapa dan garam.
  2. Basahkan sedikit adunan dengan air.
  3. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  4. Leperkan adunan di atas kuali seperti lempeng dan taburkan gula pasir di atasnya.
  5. Gorengkan lempeng. Lipat dua dalam pinggan.
  6. Lempeng biji sagu siap dihidangkan.

6. Lempeng oat madu

empeng oat madu

Bahan-bahan:

  • 120g tepung gandum, diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh garam laut
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 cawan susu
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu besar mentega cair, disejukkan
  • 1/4 cawan oat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara-caranya:

  1. Dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam.
  2. Dalam mangkuk kecil, masukkan susu, madu dan telur. Pukul selama 1 minit atau hingga madu terlarut sepenuhnya.
  3. Masukkan bahan bahas ke dalam bahan kering dan kacau rata. Adunan akan mempunyai ketulan kecil atau sederhana besar.
  4. Masukkan oat sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Perlahan-lahan, kacau hingga sebati.
  5. Panaskan kuali atas api sederhana besar. Sapukan 1 1/2 sudu teh mentega atau 1 sudu teh minyak sayuran di permukaan kuali.
  6. Sendukkan adunan sebanyak 1/4 senduk dan masukan ke dalam kuali.
  7. Biarkan adunan masak selama 2-3 minit atau hingga buih kecil terbit di permukaan lempeng. Terbalikkan. Biar lempeng masak selama 1 minit. Angkat lempeng yang sudah masak.
  8. Lempeng oat madu sedia dihidangkan.

7. Lempeng susu manis

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 120g tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • 2 cawan susu cair
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Bahan-bahan untuk adunan perlu disatukan ke dalam bekas kecuali garam.
  2. Adunan di kacau sehingga rata. Kemudian, masukkan pula garam mengikut citarasa anda.
  3. Tapiskan adunan dan rehatknya seketika.
  4. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  5. Gorengkan lempeng.
  6. Apabila permukaan lempeng kelihatan pucat dan renggang, terbalikkan dan masak selama 1-2 minit.
  7. Lempeng susu manis siap dihidangkan.

8. Lempeng coklat

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 100ml susu
  •  biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan susu, telur, serbuk koko, dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Pastikan adunan dikacau sehingga rata dan sebati. Boleh juga gunakan pengisar untuk pastikan semua bahan lumat bercampur.
  3. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  4. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan atau terbit di permukaannya buih-buih.
  5. Lempeng coklat siap dihidangkan.

9. Lempeng telur

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 50ml susu
  • 2 cawan gandum
  • 3 sudu besar gula
  • Secubit garam (jika perlu)

Cara-caranya:

  1. Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan secubit garam untuk tambahkan rasa lemaknya.
  2. Seterusnya, masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  3. Boleh tambahkan susu jika mahu.
  4. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  5. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan atau terbit di permukaannya buih-buih.
  6. Lempeng telur siap dihidangkan.

10. Lempeng nasi

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam/kiub pati ikan bilis (jika mahu)
  • Sedikit garam

Cara-caranya: 

  1. Nasi perlu dikisar lumat bersama 1 cawan air hingga halus.
  2. Sekiranya adunan nampak terlalu berat atau pekat, tambahkan lagi air secukupnya.
  3. Kemudian, masukkan tepung, kiub pati ayam/ikan bilis serta sedikit garam.
  4. Kisar lagi sehingga sebati. Pastikan adunan sesuai untuk lempeng (tidak terlalu pekat/cair). Jika adunan kurang pekat, boleh tambahkan sedikit tepung gandum secukupnya.
  5. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  6. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan.
  7. Lempeng nasi siap dihidangkan.

11. Lempeng daun bawang

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan adunan:

  • ¾ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji telur, dipukul (1/2 masuk adunan, 1/2 untuk curah atas pancake sewaktu dimasak)
  • ¾ cawan air ais (mengikut kepekatan)
  • Daun bawang (dihiris panjang-panjang)

Bahan-bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil cuka beras
  • ½ sudu teh gula
  • ½ sudu teh minyak bijan
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit serbuk cili
  • Sedikit bijan (disangai)
  • Lada hitam

Cara-caranya: 

  1. Masukkan tepung, lada hitam, bawang putih, telur separuh biji, dan air secukupnya ke dalam bekas. Kemudian gaul hingga sebati.
  2. Seterusnya, masukkan  daun bawang dan gual rata.
  3. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  4. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan.
  5. Untuk sos, campurkan sahaja semua bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga sebati.
  6. Lempeng daun bawang siap dihidangkan.

12. Lempeng sekaya telang

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air bunga telang
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 16 sudu besar sekaya

Cara-caranya:

  1. Bunga telang direbus dengan air sehingga mendidih. Sejukkan dan tapis.
  2. Masukkan tepung gandum, telur, air bunga telang, santan, air dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar sebati.
  3. Menggunakan acuan telur mata (celup terlebih dahulu acuan dalam minyak,untuk elak adunan tepung melekat pada acuan). Tuangkan adunan tepung dalam acuan. Masukkan sekaya dan tambah lagi adunan tepung.
  4. Bila tepung sudah agak kering, keluarkan dari acuan. Masak sehingga kedua-dua permukaan garing. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini sehingga adunan tepung habis.
  5. Lempeng sekaya telang sedia dihidangkan

13. Lempeng bilis

resepi lempeng sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Sejemput ikan bilis (ditumbuk kasar dengan lesung batu)
  • 4 cawan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan dan kacau sekata.
  2. Panaskan kuali, lalu sapu minyak di permukaan kuali.
  3. Gorengkan lempeng. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawahnya sudah perang kekuningan atau terbit di permukaannya buih-buih.
  4. Lempeng bilis siap dihidangkan.

Sumber: Facebook, Cookpad

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.