Connect with us

Resepi Viral

Homemade Buat Ayam Gunting Ala Pasar Malam, Ini Cara dan Resepi Lengkap Untuk Kekalkan Rasa Rangup & Sedap Bila Dikunyah

Avatar of hannani juhari

Published

on

buat ayam gunting

Homemade Buat Ayam Gunting Ala Pasar Malam, Ini Cara dan Resepi Lengkap Untuk Kekalkan Rasa Rangup & Sedap Bila Dikunyah

Jajanan ringan seperti kentang goreng, nuget ayam, ayam goreng, dan ayam gunting memang menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak tetapi yang dewasa juga. Kadang-kadang sanggup anak-anak kumpul duit untuk beli ayam gunting setiap kali jumpa gerainya dekat tepi jalan. Dengan minyak dan harga ayam yang semakin naik, apa kata buat ayam gunting sendiri dengan resepi dari Puan Zaitun Abdul Hamid ini.

Resepi buat ayam gunting di rumah

Ayam gunting adalah makanan ringan yang menjadikan ayam sebagai bahan utama kemudian dicampur dengan bancuhan tepung, digoreng dalam minyak yang panas, dan ditabur dengan perasa. Ini adalah bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan perapan:

  • Ayam bahagian dada yang telah dibuang tulangnya. Kemudian, dipotong nipis dan diperap dengan:
  • 4 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk BBQ Cosway/2 sudu sos black paper Kimball
  • 2 sudu jus lime/perahan lemon

buat ayam gunting

Bahan-bahan untuk salutan:

  • Tepung Bestari pedas/original
  • Tepung ubi/tepung beras
  • Sedikit serbuk roti
  • Sukatannya bergantung kepada kuantiti ayam
  • Serbuk cili dan serbuk lada putih (ditabur pada ayam setelah siap digoreng nanti)

buat ayam gunting

Cara-cara untuk membuat:

  1. Perap ayam selama satu jam.
  2. Gaul ayam yang diperap tadi pada bahan salutan yang sudah siap dicampur bersama.
  3. Tumbuk-tumbuk sikit isi ayam supaya tepung melekat pada isi ayam dan padu. Cara ini juga untuk pastikan ayam nampak cantik apabila siap digoreng.buat ayam gunting
  4. Kemudian, goreng sehingga garing dan perang keemasan. Angkat dan toskan.
  5. Selepas goreng tabur pula dengan serbuk cili dan lada putih. Jangan lupa guntingkan ia mengikut saiz yang kita mahukan.
  6. Ayam gunting siap untuk dihidangkan!

buat ayam gunting

Mudah sahaja untuk buat ayam gunting ini sendiri di rumah. Boleh dikatakan, bahan-bahan yang digunakan memang segar, dan lebih sihat sebab semua bahan perencah dan perasa tidak menggunakan MSG. Makanan yang kita buat sendiri memang memudahkan kita untuk sukat bahan yang baik dan kurang baik untuk kesihatan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan galakan para ibu di luar sana untuk menyediakan sendiri jajanan untuk anak-anak yang lebih murah dan lazat seperti ini. Selamat memasak!

Sumber: Facebook Zaitun Abdul Hamid 

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.