Connect with us

Resepi Viral

Wanita Ini Kongsi Resepi Rare Tentang Durian, Biji Durian Boleh Buat Kerepek, Biar Betul?

Avatar of hannani juhari

Published

on

kerepek biji durian

Wanita Ini Kongsi Resepi Rare Tentang Durian, Biji Durian Boleh Buat Kerepek, Biar Betul?

Sebuah pokok durian mampu menghasilkan pelbagai kegunaan untuk manusia. Dari pohon, kulit, dan isinya boleh diolah menjadi banyak produk khususnya makanan. Kami tertarik untuk berkongsi mengenai biji durian yang selalu kita buang selepas makan isinya. Tahukah anda dengan biji tersebut ia boleh menghasilkan resepi kerepek biji durian?

Manfaat biji durian sebagai booster tenaga

kerepek biji durian

Siapa sangka biji durian yang selalu dibuang itu memiliki kandungan yang baik untuk kesihatan tubuh. Kajian daripada International Journal of Pharmacological and Pharmaceutical Science, biji durian mengandungi nutrien tinggi yang diperlukan oleh manusia. Antara khasiat yang bermanfaat adalah seperti:

  • Boleh mencegah tekanan darah tinggi
  • Menjadi pemangkin tenaga bagi tubuh badan
  • Menjaga kesihatan gigi lebih baik
  • Mencegah penyakit flu
  • Mencegah peyakit jantung

Resepi kerepek biji durian yang unik

Selalu kita makan biasanya kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek kentang, dan kerepek keladi. Apa kata kali ini kita tukar selera untuk membuat sendiri kerepek biji durian memandangkan musim durian pun tengah hangat di pasaran. Bagaimana caranya memang mudah sahaja. Jom kita tengok macam mana hendak buat.

kerepek biji durian

Bahan-bahan:

  • Biji durian
  • Garam

Cara penyediaan:

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah bersihkan dahulu biji durian. Jika anda rajin boleh buang sekali kulit koko yang menyaluti biji tersebut.
  2. Kemudian, rendam dengan air garam sekurang-kurangnya semalaman.
  3. Pada keesokan harinya, sagat biji durian supaya nipis saiznya. Boleh gunakan apa-apa sahaja alat sagat yang anda punya.kerepek biji durian
  4. Selepas siap sagat, boleh biarkan selama satu hingga dua jam.
  5. Seterusnya, biji durian yang sudah disagat nipis boleh digoreng dengan api yang perlahan. Api tidak perlulah terlalu perlahan takut lambat pula masaknya. Biasanya ia memakan masa untuk garing, oleh itu jangan lupa untuk selalu dikacau.kerepek biji durian
  6. Apabila masak, kerepek ini akan terasa ringan bila dikacau. Ringan itu tandanya, kerepek sudah siap dimasak.
  7. Akhir sekali, angkat, toskan dan tunggu sehingga sejuk sebelum disimpan.kerepek biji durian
  8. Kerepek biji durian anda sudah siap.

Tekstur sedap dan ranggup sesuai dipasarkan

Kerepek biji durian sebenarnya telah lama dicipta namun ianya baru sahaja popular sejak setahun kebelakangan ini. Ramai peminat durian yang tidak lokek berkongsi resepi kerepek biji durian di media sosial.

Rata-rata gemar dengan rasanya yang sedap seperti kerepek ubi, cuma teksturnya sedikit berlemak dan berlendir. Bukan itu sahaja, malah keranggupannya sama macam kerepek lain. Ia sedap dimakan petang-petang sambil minum petang bersama keluarga atau tengok televisyen juga.

Katanya idea makanan ini bermula apabila suatu ketika dahulu harga duiran sedang murah. Sekarang durian mahal lagilah sesuai untuk dimanfaatkan bijinya.

Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda pengetahuan yang bermanfaat untuk dicuba dan dikongsi bersama keluarga.

Sumber: Rizana Hashim AsSalihin

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.