Connect with us

Resepi Viral

Cara Buat Tempoyak Tahan Lama, Petua Supaya Tak Masam & Tentu Menjadi Sebagai Pembuka Selara Ketika Makan

Published

on

tempoyak tahan lama

Cara Buat Tempoyak Tahan Lama, Petua Supaya Tak Masam & Tentu Menjadi Sebagai Pembuka Selara Ketika Makan

Malaysia adalah negara yang tidak asing dengan raja buah iaitu durian. Ia cukup popular di desa dan menjadi buruan ramai orang apabila tiba pada musin durian. Tempoyak boleh diolah kepada banyak juadah bahkan boleh juga dijadikan sambal yang dimakan begitu sahaja dengan nasi panas. Namun bagaimana caranya untuk buat tempoyak tahan lama? Ini artikel tepat untuk anda cuba.

Apa itu tempoyak?

tempoyak tahan lama

Tempoyak adalah makanan yang berasaskan isi-isi durian yang dikumpul kemudian diperam selama tiga ke lima hari pada suhu bilik sebelum dimakan. Apa yang menariknya adalah pada aroma yang menjadi pembuka dan penambah selera ketika makan.

Bercakap soal tempoyak, sudah tentu masakan yang dikenali ramai adalah ikan patin masak tempoyak cili padi atau sambal tempoyak.

Cara buat tempoyak yang betul cara kampung

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook Mayang Sari tentang cara buat tempoyak tahan lama. Ini adalah caranya yang boleh kita lakukan:

1. Pilih durian murah

tempoyak tahan lama

Gunakan durian yang jual murah. Murah di sini adalah bermaksud durian yang sudah pecah isinya dan nampak tidak cantik. Bukannya durian Musang King yang dijual di pasaran berpuluh ringgit sekilo.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua durian yang tidak elok berulat dan berkulat. Yang pastinya rasa durian itu suda tentu tidak sedap apabila dimakan begitu sahaja.

2. Asingkan biji dan isi

tempoyak tahan lama

Durian yang sudah dikopek menjadi beberapa pangsa perlu diasingkan biji dan isinya ke dalam penapis. Memilih untuk diletakkan ke dalam penapis lebih mudah nanti berbanding kita letakkannya di dalam bekas kosong.

tempoyak tahan lama

3. Toskan air

tempoyak tahan lama

Isi durian di dalam tapis perlu diperah untuk mengeluarkan atau tos airnya. Tapiskan ia sekurang-kurangnya semalaman dan jangan lupa juga untuk tutup tapis untuk elak semut dan lalat.

Dalam gambar ini menunjukkan air yang keluar selama 2 malam. Inilah kaedah yang penting untuk mengelakkan ia supaya tidak berkulat nanti ketika diperam. Proses ini juga bagi mengelakkan tempoyak menjadi masam

4. Gaul dengan garam sehingga rata

tempoyak tahan lama

Masukkan beberapa sudu garam halus ke dalam isi durian yang sudah diperah airnya. Jangan terlalu masin pula, pastikan letak sesedap rasa sahaja.

5. Simpan dalam balang kedap udara

tempoyak tahan lama

Bila sudah siap semuanya. Letakkan ia ke dalam balang yang kedap udara. Oleh kerana tadi kita sudah toskan airnya, maka gas yang tersimpan akan hilang. Jadi tidak mengapa jika diletakkan penuh isi durian tadi.

Sebelum tutup bahagian atas, boleh tabur sedikit gula. Tempoyak siap untuk diperam beberapa hari sebelum di makan.

Tips buat tempoyak tahan lama

Membuat tempoyak menjadi lebih sedap dan tahan lama ada tipsnya. Antara rahsia yang boleh anda amalkan adalah seperti:

  • Guna isi durian yang masih elok. Elak menggunakan durian yang hampir buruk, busuk atau kurang sedap rasanya.
  • Pilih isi durian yang sedikit lembik seperti jenis durian kampung.
  • Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan diletakkan ke dalam besen yang kering.
  • Asingkan isi durian dari biji durian dengan menggunakan sudu dan garfu.
  • Ketika mengasingkan isi durian dari bijinya, elakkan dari mencucuk biji durian untuk elak air pahit meresap ke dalam isinya.
  • Jangan asingkan isi durian dari bijinya menggunakan jari.
  • Toskan air isi durian selama semalaman atau sekurang-kurangnya 10 jam.
  • Untuk simpan tempoyak letakkan dalam peti sejuk bahagian bawah bukannya sejuk beku.
  • Jangan guna sudu yang ada sisa makanan lain untuk mengambil tempoyak.
  • Tempoyak boleh disimpan leih 6 bulan.
  • Jika ada keluar kulat putih tempoyak, bermakna ianya sudah tidak elok dimakan.
  • Jangan campur dengan pisang untuk mengelakkan rasa masam.

Khasiat tempoyak dari sudut kesihatan

Siapa kata makanan Melayu kurang khasiatnya. Sebenarnya, ada banyak khasiat tempoyak dari segi kesihatan tubuh badan. Ianya lebih kurang sama dengan  buah durian kerana ramuan utamanya adalah buah tersebut. Ini adalah beberapa khasiat durian:

  • Kaya dengan kandungan tenaga, mineral, dan vitamin.
  • Setiap 100 gram buah ini akan membawa lebih kurang 147 kalori.
  • Bebas daripada lemak tepu, dan kolesterol.
  • Kaya dengan serat yang sangat bagus untuk sistem penghadaman.
  • Sumber antioksidan vitamin C yang sangat baik dengan kira-kira 33% RDA.
  • Mengandungi kadar asid amino penting yang tinggi, tryptophan atau lebih dikenali sebagai “ubat tidur semula jadi”.

Makan sedap setiap hari, tetapi pastikan kita mendapat potion makanan yang betul dan terbaik untuk kesihatan badan berpanjangan.

Sumber: Mayang Sari

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.