Connect with us

Resepi Viral

10 Resepi Jus Buah Homemade Yang Paling Mengiurkan Sedap Diminum Ketika Cuaca Panas Lit-Lit

Published

on

resepi jus buah homemade

10 Resepi Jus Buah Homemade Yang Paling Mengiurkan Sedap Diminum Ketika Cuaca Panas Lit-Lit

Cuaca panas tekak pun kering. Best kalau dapat pekena jus buah-buahan yang manis dan berais. Sudahah sejuk, berlemak, dan berkhasiat pula memang sangat mengiurkan apatah lagi jika dibuat sendiri di rumah. Sebenarnya ada pelbagai resepi jus buah homemade yang mudah, ringkas tetapi sedap.

1. Jus jambu bandung

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 3 biji jambu batu warna pink (pink guava)
  • 3 sudu makan sirap gula
  • 1 cawan air mineral
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Kisar jambu menggunakan slow juicer atau mesin pengisar.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam jug berisi sirap gula, air mineral, dan jus limau nipis.
  3. Tambahkan ais dan sedia untuk diminum.

2. Jus tembikai

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji tembikai tanpa biji
  • 1 cawan air mineral
  • Gula secukupnya
  • Perahan air limau nipis
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Buah tembikai yang sudah dipotong, dan air secukupnya dimasukkan ke dalam pengisar. Tambahkan gula secukupnya jika mahu.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam jug.
  3. Kacau hingga larut dan sedia untuk dihidang.

3. Jus markisa

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 8 biji buah markisa
  • 1/2 liter air mineral
  • Sirap gula pekat secukupnya
  • Ais secukupnya
  • Daun pudina sebagai hiasan

Cara-cara membuat sirap gula

  1. Masak 100 gram gula pasir bersama 50 ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi, dan sedikir pewarna hijau.
  2. Biarkan ia sejuk.

Cara-cara membuat jus markisa:

  1. Belah kepada dua bahagian buah markisa tersebut. Korek dan keluarkan isinya ke dalam jug.
  2. Campurkan air ke dalam jug dan kacau sehingga jusnya keluar tanpa dikisar atau ditapis.
  3. Masukkan juga sirap gula dan ketulan ais ke dalma gelas.
  4. Tuang jus ke dalam cawan atau gelas.
  5. Hiaskan ia dengan daun pudina untuk menambah aroma segar dan fresh.
  6. Minuman sedia untuk dinikmati.

4. Jus soda herbs

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1 botol besar ais krim soda
  • 1 tin laici (ambil buah sahaja)
  • 1 batang serai (dititik sedikit)
  • Beberapa tangkai daun pudina
  • 1 biji lemon (dihiris nipis)
  • 5 biji asam boi warna putih
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi, dan buah laici ke dalam jug.
  2. Tuangkan air soda secukupnya dan ais.
  3. Masukkan serai yang dititik. Jus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh biarkan jus ini dalam beberapa jam sebelum diminum.

5. Melon soda sangria

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • Tembikai, cantaloupe (Rock Melon), dan honeydew secukupnya
  • 1 liter air soda sejuk
  • 3 sudu makan madu
  • 3 sudu makan jus limau nipis
  • 2 biji limau dipotong bulat
  • Daun pudina secukupnya
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Skop buah tembikai, cantaloupe, dan honeydew menjadi bebola kecil menggunakan skop aiskrim.
  2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku.
  3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis, dan madu. Kacaukan ia sehingga rata.
  4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina, dan hirisan limau nipis.
  5. Tambahkan ais secukupnya dan ia sedia diminum.

6. Jus carrot susu

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1 batang lobak merah
  • 1 gelas air sejuk dari peti sejuk
  • 2 hingga 3 sudu makan susu pekat manis
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Lobak merah perlu dikisar bersama air sejuk sehingga halus. Lalu tapiskan ia.
  2. Tuangkan ke dalam gelas dan tambah juga susu pekat manis.
  3. Kacau sehingga rata dan masukkan ketulan ais secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

7. Jus epal asam boi

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 2 biji epal hijau
  • 1 gelas air
  • Sirap gula secukupnya
  • 5 biji asam boi warna putih
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Bersihkan dahulu buah epal lalu buangkan pula biji dan potong menjadi kiub-kiub kecil.
  2. Masukkan potongan epal ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapis ke dalam gelas.
  3. Masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas.
  4. Kacau rata dan sedia untuk diminum.

8. Jus avocado

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah avocado
  • 1 skop aiskrim kelapa
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • Ais secukupnya

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan semua sekali bahan ke dalam mesin pengisar.
  2. Kisar hingga lembut.
  3. Jus avocado sedia untuk dihidangkan.

9. Blue lemon soda

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1.5 liter atau 1 botol besar ais soda
  • Air gula secukupnya
  • 2 biji lemon diperahkan air jusnya
  • 2 sudu makan biji selasih yang telah direndam dalam air
  • 2 hingga 4 helai daun pudina
  • 1 hingga 2 titis pewarna biru
  • 4 hingga 6 hirisan lemon untuk hiasan

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan air soda dan pewarna biru ke dalam jug, lalu gaul rata air.
  2. Kemudian ambil jus bancuhan lemon tadi dan masukkan daun pudina. Kacau lagi air jus hingga sekata.
  3. Ambil gelas kosong, masukkan air masak sedikit selepas itu masukkan jus lemon pudina tadi ke dalam gelas.
  4. Masukkan ais batu, biji selasih dan air soda biru ke dalam gelas. Boleh letakkan hirisan lemon di bibir gelas sebagai hiasan.
  5. Air blue lemon soda siap dan sedia untuk di minum.

10. Jus mangga susu

resepi jus buah homemade

Bahan-bahan:

  • 1 biji mangga
  • 1 cawan ais
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Mangga di potong dadu sebagai hiasan
  • Ais krim vanila (pilihan)

Cara-cara membuat:

  1. Kisar mangga, ais, dan susu pekat sehingga hancur dan sebati.
  2. Tuangkan ia ke dalam gelas dan tambahkan juga topping kiub mangga sebagai hiasan.
  3.  Sebagai tambahan, tambahkan aiskrim vanila di atasnya.

Diharapkan resepi jus buah homemade ini dapat membantu anda menyediakan juadah minuman yang berkhasiat dan segar kepada keluarga ketika musim panas.

Sumber: Facebook Kak Wan, Blog Resepi Citarasawan

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.