Connect with us

Resepi Viral

Cara Masak Stok Sambal Paling Mengancam Untuk Simpanan Di Rumah, Ini 5 Jenis Sambal Yang Enak & Boleh Tahan Lama

Avatar of hannani juhari

Published

on

masak stok sambal

Cara Masak Stok Sambal Paling Mengancam Untuk Simpanan Di Rumah, Ini 5 Jenis Sambal Yang Enak & Boleh Tahan Lama

Masak stok sambal sendiri memang satu langkah yang paling menjimatkan kerana ia boleh memudahkan kerja harian sebagai suri rumah tangga apatah lagi bagi kaum hawa yang bekerjaya. Malah, keistimewaan sambal yang boleh diolah dengan pelbagai juadah atau dimakan terus begitu sahaja menjadikan ia pilihan ramai cabang usahawan baru yang lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Apa-apa pun air tangan sendiri tentunya lebih sedap. Jom, kita tengok macam mana cara masak stok sambal untuk 5 jenis sambal terpilih ini.

Jenis-jenis sambal yang menjadi pilihan

Ini adalah 5 jenis sambal yang kita akan kongsikan hari ini. Ia menjadi pilihan disebabkan kegunaannya yang boleh digunakan untuk pelbagai cara seperti sebagai sambal pencicah, perapan, rencah masakan, dan sebagainya.

Sambal belacan menyengat

Siapa yang tidak kenal dengan sambal belacan? Mesti semua gemar makan nasi panas sambil berulamkan sambal belacan kan? Umumnya sambal belacan terhasil dari cili yang ditumbuk bersama belacan, garam, dan sedikit gula.

Sambal kicap mabeless

Sambal kicap biasanya digunakan sebagai sos pencicah semasa makan makanan yang dibakar seperti ikan bakar, kerang bakar, dan sebagainya. Selain itu, ia juga diletakkan di dalam sup untuk menambahkan rasa pedas semasa makan.

Sambal ayam penyet mengosek

Sambal ayam penyet menjadi pembangkit selera ketika makan nasi bersama telur mata. Pada asalnya, ia adalah resepi turun temurun dari orang Indonesia sendiri.

Air asam ketagih

Makanan tradisi dari negeri Kedah sudah tentunya air asam. Air asam biasanya dihidangkan bersama nasi daging dan ia adalah hidangan istimewa yang popular sehingga hari ini.

Sambal jantan power

Sambal jantan namanya sahaja sudah mengancam. Mendapat jolokan nama daripada negeri Kelantan, ia menjadi pilihan untuk makan bersama nasi berlauk.

Resepi masak stok sambal 5 pilihan

Anda tentu boleh ikuti cara masak stok sambal ini kerana cukup mudah dan senang untuk disediakan.

Sambal belacan menyengat

masak stok sambal

Bahan-bahan A

  • 2 biji bawang merah
  • 1/4 bawang Holland
  • 1 biji tomato saiz kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan

Bahan-bahan B:

  • 3 sudu besar cuka
  • 1/2 sudu kecil garam ikut citarasa
  • 2 sudu besar gula ikut citarasa
  • Secubit dua serbuk perasa
  • Sedikit air masak

Cara-caranya:

  1. Bahan-bahan A perlu dibakar di atas pan dengan api perlahan.
  2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dibakar ke dalam pengisir.
  3. Tambahkan pula bahan-bahan B ke dalam pengisar.
  4. Kisar semua bahan A dan bahan B sehingga lumat.
  5. Perah dua biji limau nipis.
  6. Siap untuk dihidangkan!

Sambal kicap mabeless

masak stok sambal

Bahan-bahan:

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan kicap mengikut citarasa.
  3. Tambahkan dua sudu kicap pekat dan kicap cair juga.
  4. Kemudian, tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali.
  5. Jangan lupa letak gula secukup rasa.
  6. Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga lumat.
  7. Tuangkan ia ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
  8. Untuk tahan lebih lama, pastikan teknik penyimpanan anda perlu betul. Simpan sambal dan bekas yang bertutup dan gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya.

Sambal ayam penyet mengosek

masak stok sambal

Bahan-bahan:

  • 20 batang cili merah
  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji tomato kecil
  • 2 genggam kecil ikan bilis
  • 1 sudu kecil udang kering
  • 1/2 inci belacan

Cara-caranya:

  1. Semua bahan tadi mesti digoreng dengan api perlahan.
  2. Siap digoreng, sejukkan ia seketika.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
  4. Tambahkan sedikit air.
  5. Kisar sehingga lumat.
  6. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang sudah lumat ke dalam kuali.
  7. Tumiskan sambal sehingga menjadi garing.
  8. Taburkan ikan bilis goreng ke dalam sambal tersebut lalu biarkan ia seketika dalam api perlahan.
  9. Tambahkan gula melaka, garam bukit, dan serbuk perasa secukupnya.
  10. Pastikan ia masak lebih kurang 30 hingga 45 minit sehingga pecah minyak dengan api yang masih perlahan.
  11. Sambal siap untuk dihidangkan!

Air asam ketagih

masak stok sambal

Bahan-bahan A:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B:

  • 5 biji limau kasturi
  • 2 biji limau nipis
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 tangkai cili padi merah

Cara-caranya:

  1. Bakar terlebih dahulu bahan-bahan A ke dalam pan dengan api sederhana.
  2. Kemudian, masukkan bahan A dan bahan B ke dalam pengisar.
  3. Tambahkan pula 1 1/2 gelas air asam jawa secukupnya.
  4. Masukkan 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang secukup rasa dan kisar lagi sehingga lumat.
  5. Siap untuk dihidangkan!

Sambal jantan power

masak stok sambal

Bahan-bahan:

  • 2 genggam cili padi merah
  • 2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam secukup rasa
  • 1/2 cuka dari sukatan cili dalam pengisar
  • Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
  2. Sambal anda siap untuk dihidangkan bersama nasi panas!

Semoga semua tips ini dapat membantu memudahkan anda memasak di dapur. Tidak susah siapkan hidangan dari rumah demi air tangan yang lebih enak dan menyelerakan.

Sumber: Afy AL Habibi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.