Resepi Viral
Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Mudah, Dijamin Halal & Bersih
Cara Buat Tauhu Lembut Sendiri Di Rumah Dengan 3 Bahan Mudah, Dijamin Halal & Bersih
Banyak harga barang-barang basah dan sayur-sayuran pada hari ini meningkat naik secara mendadak. Dari ikan, daging, ayam, dan kini sayur dan buah-buahan pula yang menyusul. Tauhu lembut contohnya dijual dalam linkungan harga RM 2 hingga RM 3 bagi setiap 120 gram. Boleh pening kepala dibuatnya. Jangan risau, kami ingin berkongsi kepada anda tips atau cara buat tauhu lembut sendiri di rumah dengan sangat mudah, dan paling penting ia dijamin halal.
Pastikan anda ikuti artikel ini sehingga habis untuk dapatkan tips yang berguna agar tauhu anda menjadi dengan sekali percubaan sahaja.
Asal usul tauhu atau tofu
Mengikut kajian, sejak 2,000 tahun yang lalu tauhu atau nama panggilan lainnya tofu berasal daripada negara China. Ketika ia mula diperkenalkan oleh Putera Liu An dari wilayah Anhui adalah pada zaman Dinasti Han.
Seiringnya era zaman, perpindahan masyarakat, jual beli barang, perdagangan, dan pengaruh telah menyebabkan banyak sekali makanan, dan budaya sesuatu bangsa menyelinap masuk ke dalam satu bangsa yang lain.
Begitu juga dengan makanan tauhu. Ia kini sudah banyak ditemukan di negara Jepun, Asia Tenggara, Barat, Eropah, bahkan di Tanah Arab juga. Jadi tidak hairan sekiranya hidangan yang berasaskan tauhu banyak dihidangkan di merata negara di dunia ini bukan sahaja di rumah malah di restoran-restoran mewah bertaraf antarabangsa.
Manfaat makan tauhu yang perlu anda tahu
Kacang soya pada tauhu sangat bermanfaat untuk membekalkan keperluan bahan mineral semula jadi yang sangat diperlukan tubuh seorang manusia seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Bukan itu sahaja, malah dari kajian juga ia a sangat kaya dengan vitamin A,B,C,D, dan lecithin.
Setiap nutrisi yang disebutkan tadi mempunyai kebaikannya yang tersendiri pada badan kita khususnya dalam membentuk gaya pemakanan yang seimbang dan sihat. Antara manfaat tauhu adalah sebagai asid folik semula jadi untuk ibu hamil, anti penuaan, menurunkan berat badan, dan banyak lagi.
Jenis-jenis tauhu
Setiap orang pasti ada citarasanya yang tersendiri tidak terkecuali bagi makanan seperti tauhu. Antara jenis tauhu yang menjadi tarikan adalah seperti:
- Tauhu putih
- Tauhu kuning
- Tauhu sutera / tauhu lembut
- Tauhu pong
- Tauhu air
- Tauhu kulit
Langkah buat tauhu lembut homemade
Ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat tauhu lembut, serta cara-cara proses pembuatannya.
Bahan-bahan:
- 5 biji telur
- 2 sudu tepung jagung
- 150 ml air soya
Cara-caranya:
1. Semua bahan yang telah disiapkan tadi seperti telur, tepung jagung, dan air soya dimasukkan ke alam pengisar secara perlahan-lahan. Jika anda tidak anda pengisar manual ini, boleh juga digunakan blander biasa yang penting pastikan ia hancur.
2. Setelah semua bahan tadi sebati dan hancur menjadi cecair, tuangkan ia ke dalam bekas kosong yang telah dialaskan menggunakan kain kasar. Kain kasar yang dimaksudkan ini adalah seperti kain lampin yang selalu kita gunakan.
3. Masukkan air tapisan tadi ke dalam acuan kecil seperti acuan kuih lompang. Boleh juga gunakan mana-mana jenis acuan yang dirasakan sesuai.
4. Pastikan acuan tidak diisi terlalu penuh untuk mengelakkan ia tumpah ketika diangkat ke pengukus nanti.
5. Masukkan acuan yang sudah berisi ke dalam pengukus yang sudah dipanaskan dengan berhati-hati.
6. Kukuskan ia selama 25 minit.
7. Setelah siap, sejukkan acuan sebentar. Jangan terus diterbalikkan atau dikeluarkan untuk elakkan tauhu daripada pecah atau merekah.
8. Setelah dipastikan sejuk, keluarkan ia dari acuan dengan berhati-hati.
9. Potong tauhu yang sudah menjadi itu kepada beberap bahagian. Jika anda menggunakan acuan seperti dalam gambar, boleh potong kepada 4 bahagian sama besar.
10. Celupkan tauhu ke dalam telur.
11. Goreng sehingga kekuningan. Pastikan bahagian yang kena minyak garing dan kuning dahulu baru anda terbalikkan.
12. Tauhu lembut anda siap untuk dihidangkan.
Diharapkan resipi dan cara-cara buat tauhu lembut homemade ini dapat memberikan anda pengetahun yang berguna, sekaligus menjimatkan kos barang-barang dapur yang semakin meningkat hari ini. Makan di rumah lebih kenyang, halal, bersih, selamat, dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargan kita bersama.
Sumber: Nooramin Munirah Asgnari
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah