Connect with us

Resepi Viral

Nutella Button Cookies, Resipi Viral Untuk Aneka Kuih-Muih Hari Raya

Published

on

kuih hari raya

Nutella Button Cookies, Resipi Viral Untuk Aneka Kuih-Muih Hari Raya

Pejam celik rupanya kita sudah masuk pada pertengahan Syawal, kuih hari raya masih ada lagi ke di rumah? Mesti sekarang anda sedang pening kepala kerana balang kuih raya tinggal serbuk sahaja tetapi tetamu yang ingin datang ke rumah tentu masih banyak.

Belum lagi di tambah musim rumah terbuka yang akan tiba nanti. Jangan risau, kami ingin berkongsi kepada anda sebuah resepi yang sangat bermanfaat. Sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang baru, tetapi terjamin kesedapannya.

Mari cuba resepi viral, Nutella Button Cookies yang mudah, ringkas, dan paling penting sedap. Ia boleh menjadi kudapan atau pencuci mulut yang enak dinikmati selepas hidangan berat.

kuih hari raya

Antara bahan-bahannya dan cara penyediaan Nutella Button Cookies adalah seperti:

Bahan-bahan

  • 180 gram mentega
  • 35 gram gula kastor
  • 25 gram gula perang
  • 1 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 185 gram tepung gandum
  • 20 gram serbuk koko
  • 20 gram susu tepung
  • 25 gram tepung ubi / tepung beras
  • 30 gram tepung jagung
  • 1 butir telur dicampur (putih sahaja)
  • 20 – 30 gram almond cincang
  • Nutella sebagai topping

Cara Penyediaanya: 

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan sekali  seperti 185 gram tepung gandum, 20 gram serbuk koko, 20 gram susu tepung, 25 gram tepung ubi/tepung beras, 30 gram tepung jagung, 30 gram kacang hazelnut (kacang yang telah halus dikisar menjadi serbuk) ke dalam ayak. Kemudian ayakkan campuran bahan-bahan ke mangkuk adunan A untuk dapatkan tekstur bahan kering yang halus sahaja.
  2. Masukkan 180 gram mentega, 35 gram gula kastor, 25 gram gula perang, dan 1 1/2 sudu besar esen vanilla ke dalam mangkuk adunan B. Kemudian, pukul adunan dengan mixer dengan kelajuan yang sederhana. Adunan perlu di pukul sehingga tekstur sebati, berkrim, dan tidak jatuh apabila diterbalikkan.
  3. Campurkan sedikit demi sedikit bahan-bahan kering sehingga habis dari mangkuk adunan A ke dalam mangkuk adunan B. Kemudian, kacau sekata dengan menggunakan sudip.
  4. Letakkan loyang pembakar dengan kertas pembakar (baking paper).
  5. Bentukkan adunan tadi dengan menggunakan 1 sudu penyukat untuk memudahkan anda mendapatkan saiz yang sama, dan sekata.
  6. Jika anda tidak mempunyai sudu penyukat, anggarkan saiz adunan bulatan yang dibentuk itu sekitar 8 gram hingga 10 gram untuk sebiji.
  7. Susun satu per satu doh yang telah dibentuk di atas loyang pembakar sehingga selesai.
  8. Pukul sebiji telur yang sudah diasing kuningnya sehingga berbuih
  9. Ambil doh yang sudah dibentuk tadi ,dan bulatkan ia di antara tapak tangan ke tapak tangan anda
  10. Kemudian celupkan ia ke dalam putih telur yang telah dipukul tadi
  11. Salut juga bagaian luar doh yang sudah dibentuk dengan almond cincang di seluruh permukaan
  12. Letak semula doh yang telah di bentuk, disalut dengan putih telur, dan almond cincang di atas loyang pembakar.
  13. Ulang langkah tersebut sehingga selesai
  14. Buat sedikit lubang di bahagian tengah doh itu menggunakan hujung jari.
  15. Bakar pada suhu 150 – 160 darjah celsius selama 10 minit dalam ketuhar
  16. Selepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dari ketuhar, dan tekan semula bulatan di tengah tadi dengan sudu untuk mengekalkan bentuknya. Anda perlu buat semasa ia masih panas, tetapi hati-hati jangan sampai ia pecah.
  17. Masukkan Nutella ke dalam kuih tersebut menggunakan bag piping secukupnya.
  18. Selepas itu, masukkan semula ke dalam ketuhar selama lima minit.
  19. Keluarkan, dan tunggu sehingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
  20. Sedia untuk dihidang.

kuih hari raya

Tidak susahkan untuk membuat sebalang kuih raya yang sedap, lazat, dan menyelerakan untuk dihidang pada tetamu. Kalau sudah namanya coklat, pasti sekejap sahaja bekas kuih anda akan habis licin. Anak-anak pun pasti suka bila dapat makan musim-musim raya ini. Selamat mencuba.

Sumber: Rahiza Dorah

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.