Kisah
Remaja India Ajak Rakan Melayu Sambut Deepavali Di Rumah, Setengah Juta Tengok Semangat Muhibah Rakyat Malaysia
Sambutan perayaan Deepavali tahun ini sangat meriah disambut oleh kaum India. Bahkan kemeriahan itu dapat dirasai oleh kaum dan bangsa lain apatah lagi kita sudah lebih 65 tahun hidup bersama dalam bumi yang penuh berdaulat ini. Dalam satu kejiranan sendiri ada keluarga India, Melayu, Cina, dan Sabah Sarawak yang tidak kekok dalam meraikan perbezaan budaya dan kepercayaan masing-masing. Malaysia ini sangat unik, kepelbagain etnik dan semangat perpaduan kita yang menjadikan kita berbeza dari mana-mana negara sekalipun. Kisah seorang pemuda India ajak rakan Melayu sambut Deepavali di rumah ini pastinya akan memberikan bingkisan istimewa untuk memori Deepavali 2022 kita.
Video remaja India ajak rakan Melayu sambut Deepavali raih perhatian ratus ribu penonton
Seperti kaum Melayu juga, tatkala menjelang hari perayaan pasti kita sibuk memuat naik himpunan video kenangan semasa sambutan itu. Ini tidak terkecuali dilakukan oleh seorang remaja India yang menunjukkan cara unik dia menyambut Deepavali. Menariknya, apa yang dilakukan remaja ini adalah dengan ajak rakan Melayu sambut Deepavali bersama keluarganya di rumah.
Video yang dimuat naik di laman Tik Tok @hareshravi itu menunjukkan sekumpulan remaja Melayu tidak kira lelaki dan perempuan meriah meraikan perayaan tersebut sambil makan makanan tradisional masyarakat India. Mereka masing-masing segak dan anggun mengenakan busana baju kurung serta baju melayu tidak kekok beramah mesra dengan keluarga Hareshravi seolah-olah sudah lama mengenalinya.
Ramai kawan Melayu berbanding India
Menurut Hareshravi, ini bukanlah kali pertama dia ajak rakan Melayu sambut Deepavali malah sudah beberapa kali. Oleh kerana, dia sendri tidak mempunyai banyak rakan berbangsa India, dia sendiri ambil keputusan untuk menjemput rakan Melayunya datang ke rumah terbuka tersebut.
Seronok menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah iaitu ibu kepada Hareshravi sendiri, video pendek berdurasi 32 saat ini sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Seorang remaja menyedarkan kepada kita tentang kebahagiaan dalam hidup masyarakat yang majmuk di Malaysia.
Ruangan komen penuh dengan ucapan netizen
Perkongsian video yang meraih 433.6K tontonan, 36,5K likes, dan 347 share itu telah mengundang ramai komen dari warga netizen yang sangat mengagumi persahabatan remaja India dan Melayu tersebut.
“Patutlah pun fasih cakap Melayu. Geng ramai. Jaga persahabatan elok-elok ya dik.”
“Happy Deepavali dik. Untung awak ada juga nak datang rumah awak. Akak, tak ada siapa nak datang.”
“Dulu saya ada kawan baik India. Tiap kali balik sekolah bau kari rumah dia fuh sedap. Mak dia selalu ajak makan. No worries ini ayam beli dekat Giant. Rindu.”
“Samalah macam rumah sayang. Setiap kali Krismas, rumah penuh dengan kawan Melayu. Kawan-kawan anak semua siap panggil kita amma.”
Persahabatan itu indah. Dan bersahabat dengan rakan berbilang kaum itu satu nikmat yang tidak mudah kita temukan dalam hidup. Mencipta sebuah perpaduan dalam hidup bermasyarakat itu luar biasa. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan memori cukup berharga buat kita sebagai rakyat Malayasia bila mana dapat melihat generasi muda meneruskan semangat muhibah ini.
Sumber: Tik Tok @haresssharvi
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah