Kisah
Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas… Hanya beri susu apabila balik rumah

Nampak kaki terjuntai, rupanya rider gendong bayi keluar cari rezeki tengah panas… Hanya beri susu apabila balik rumah
Kisah mengenai rider yang dikenali sebagai Amirul itu tular di media sosial selepas dia ditemui oleh seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, pada Selasa.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pekerja penghantaran makanan yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki.
View this post on Instagram
Daripada jauh nampak motor rider gendong bayi.
“Masa tu saya naik motor. Daripada jauh nampak motor dia dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk lihat lebih dekat.
Kata Khairul, dia terserempak dengan rider itu di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.
“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ketepi untuk temuramah sekejap. Jadi saya pun turut buat video, saya kongsi ke TikTok untuk tunjuk kehebatan seorang bapa.
“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.
“Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” ujar Khairul.
Dalam video yang dikongsi, rider tersebut memaklumkan bahawa dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur, dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Tangkap layar video tular rider gendong bayi.
“Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la,” ujar Amirul.
Tambahnya, dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki sejak sebulan yang lalu kerana isterinya juga keluar bekerja.
Menurut Amirul, si kecil itu akan diberi nasi ketika dibawa keluar bekerja bersamanya dan hanya diberi susu apabila berada di rumah.
Sebelah tangan lagi menutup kepala anaknya daripada terkena panas mentari.
KHAIRUL seorang rider gendong bayi.
Dalam pada itu, Khairul yang turut mencari rezeki dengan membaiki mesin basuh dan peti ais meluahkan hasrat untuk membantu rider itu mencari rezeki dalam bidang sama.
“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujar Amirul.
“Saya ada ambil nombor telefon dan berhubung dengannya. InsyaAllah bulan Julai dia akan sertai team saya, dia bersetuju nak belajar baiki mesin basuh. Saya pun dah 11 tahun buat part time baiki mesin basuh.
Hasil perbincangan awal, Amirul dijangka menyertai pasukan Khairul pada Julai ini untuk mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakasan eletrik.
Antara komen netizen di TikTok.
Penangan video tular yang dikongsi Khairul turut membawa kepada pertemuan team personaliti dakwah Ebit Lew bersama Amirul di Masjid Negara pada Rabu.
“Saya faham pengorbanan dia sebagai bapa. Saya sendiri ada lima cahaya mata. Saya tahu ramai yang dah berusaha keras, tapi masih susah. Bukannya mereka tak rajin. Yang penting saya harap semua insan di luar sana tidak cepat berputus asa, kena cari peluang yang ada di sekeliling,” ujar Khairul lagi.
Jelasnya lagi, wakil Ebit turut menyampaikan sedikit sumbangan buat Amirul dalam pertemuan itu.
Menurut Khairul, dia ada berhubung dengan wakil pasukan personaliti dakwah itu sebelum pertemuan diadakan sebentar tadi tanpa kehadiran Ebit.
Sumber: tiktok
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah