Kisah
Buat Ramai Orang Respek Pada “Bro” Ni, Setahun Tak Kerja Rupanya Tukang Cuci Bakal Doktor Lulusan Dari Mesir
Tukang Cuci Bakal Doktor Lulusan Dari Mesir Dunia hari ini, manusia sudah tidak boleh memilih kerja. Kata orang apa yang sahaja kerja yang halal di depan mata, ambillah dan terima dengan hati yang terbuka. Tidak mudah untuk memperoleh kerja. Apatah lagi mengharapkan kerja yang kita minati berdasarkan kelulusan yang dimiliki. Graduan sekarang pun ramai yang menggangur dan terpaksa kerja jadi freelancer atau jadi rider penghantar makanan. Ini semua bergantung juga pada rezeki. Kisah seorang pemuda tukang cuci bakal doktor ini mungkin akan membuka luas mata anda tentang makna syukur dengan nikmat sedikit yang kita miliki.
Guru pun terkejut tak sangka tukang cuci bakal doktor
Kisah ini dikongsikan oleh seorang guru di salah sebuah sekolah di ibu kota. Noorihsham A Rahim menceritakan bahawa pada mulanya dia tidak menyangka pemuda yang bekerja sebagai tukang cuci di sekolahnya itu adalah bakal doktor. Tukang cuci bakal doktor, kedengaran memang agak janggal. Namun itulah hakikatnya, dia memang seorang doktor yang bakal berkhidmat untuk negara.
Malah bukan itu sahaja, pemuda tersebut juga lulusan dari negara timur tengah sana iaitu Mesir! Seperti kebanyakkan tukang cuci lain, dia masuk bekerja sebagai Pekerja Pembersihan Swasta di sekolah. Perwatakannya pendiam, tidak banyak berbicara, tetapi cukup tekun melaksanakan tugas yang diamanahkan padanya.
“Kelmarin, dia jumpa dengan saya. Macam-macam perkara yang terlintas dalam fikiran saya… pelik!” ujar Noorihsham.
“Cikgu, saya nak minta tolong!” kata pemuda itu tergesa-gesa.
“Kenapa?” Cikgu Noorihsham lalu bertanya sambil memerhatikannya.
Dia tersenyum penuh ikhlas. Suasana terasa semakin pelik.
“Cikgu, saya nak minta tolong untuk cikgu jadi saksi sebagai kakitangan kerajaan,” jelasnya sambil tersenyum manis.
“Aduhai, saksi apa pula ni!” kegusaran di hati terus menyerbu seluruh pembuluh darah. Cikgu Noorihsham tenung lagi sekali wajahnya tetapi pelik langsung tiada kejanggalan di situ.
“Kenapa kerja dekat sini?”
Lantas terus disuakan sepucuk surat seperti borang kepada cikgu tersebut. Surat itu diambil, dibaca, dan diamati betul-betul. Dua pasang mata ini tidak berkedip memandang anak muda dihadapannya.
“Kenapa kerja di sini?” tanya Cikgu Noorihsham.
Dia hanya menjawab dengan senyuman, “Cari duit cikgu. Duduk rumah pun bukan dapat apa-apa.”
“Dah berapa lama tak dapat kerja dengan kerajaan ni?” tanya Cikgu Noorihsham penuh kagum.
“Dah setahun lebih. Saya buat dulu kerja-kerja lain dan macam-macam kerja,” jelasnya.
Setiap kesusahan pasti ada kesenangannya, jangan risau dengan rezeki
“Selamat untuk semuanya!” itu ucapan terakhir yang diucapkan oleh Cikgu Noorihsham kepada pemuda tersebut. Baginya, dia sendiri tidah hilang lagi rasa kagum dengan pemuda itu. Terasa mahu berikan tabik hormat kepadanya serta mereka yang lain yang bersikap sedemikian juga.
Pemuda itu adalah seorang doktor yang baru menerima surat panggilan untuk bertugas di salah sebuah hospital kerajaan. Dia juga merupakan graduan daripada Mesir.
Pengajaran dari kisah tukang cuci bakal doktor ini menyedarkan kita pada satu hakikat sebuah keikhlasan untuk berdamai dengan takdir kehidupan. Ada orang diberikan kesusahan kemudian dia meratapinya dan kecewa seorang diri sehingga ada yang berputus asa untuk hidup. Ada pula orang yang bila diberikan kesusahan dia menerimanya dengan ikhlas dan redha lalu Allah menambahkan lagi nikmat rezekinya kerana sikapnya itu.
Berdamai dengan takdir itu sukar. Hanya orang yang benar-benar ikhlas sahaja mampu untuk lakukannya. Tetapi percayalah, soal rezeki Allah sudah menyusun yang terbaik untuk kita sebelum kita memintanya lagi.
Sumber: Noorihsham A Rahim
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah