AGAMA
Kunci Petua Rumahtangga Bahagia, Amalkan Bacaan Surah Yusuf Selepas Solat Subuh.
Amalkan Bacaan Surah Yusuf Selepas Solat Subuh, Kunci Petua Rumahtangga Bahagia.
Petua Rumahtangga Bahagia : Rumah tangga bahagia itulah jadi idaman setiap pasangan berumahtangga. Suami sejuk je pandang wajah isteri, isteri pula tenang setiap kali pandang wajah suami.
Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air.
Rezeki itu bukan semata wang ringgit iya.. hati tenang lagi damai itu pun namanya rezeki kedamaian hati.
Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk Petua Rumahtangga Bahagia.
2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh
1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :
“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya:
“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.W ahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”
2. Kemudian sambung surah Thaahaa, ayat 39
“Wa alqayka ‘alayka mahabbatan minnii walitushna a’laa ‘ainii”
Maksudnya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..
1. Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.
2. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di atas. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.
3. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.
4. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.
5. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
6. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..
Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal Petua Rumahtangga Bahagia.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah