Connect with us

Kisah

Percaya Tuhan Itu Hanya Satu! Petinju Dari Jerman Ucap Syahada, Temui Iman Dalam Diri Dan Memutuskan Memeluk Islam

Published

on

Percaya Tuhan Itu Hanya Satu Petinju Dari Jerman Ucap Syahada Temui Iman Dalam Diri Dan Memutuskan Memeluk Islam

Percaya Tuhan Itu Hanya Satu! Petinju Dari Jerman Ucap Syahada, Temui Iman Dalam Diri Dan Memutuskan Memeluk Islam

Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah seorang bintang seni bela diri campuran (MMA) dari Jerman, Wilhelm Ott berkongsi sebuah video di laman Instagram semalam yang kelihatan dirinya sedang mengucap dua kalimah syahadah.

Menerusi kapsyen, petinju berusia 37 tahun itu mengatakan krisis Covid-19 memberi ruang untuk berehat dan mencari keimanan terhadap agama dan mengakui Islam ada dalam kehidupannya sejak beberapa tahun lalu.

“Namun ada kalanya saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri terpengaruh secara politik. Tapi ketika saya berhadapan dengan waktu yang sukar, Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.

“Kini iman saya cukup kuat sehingga dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah sekaligus membolehkan saya untuk berkata dengan bangga, ya saya seorang Muslim,” tulisnya.

Menerusi posting lain, petinju yang mendapat gelaran ‘The Amazing’ itu menerima sejadah dan al-Quran daripada rakannya dan berterima kasih atas sokongan serta kekuatan diberikan orang ramai.

592484250

“Anda semua luar biasa. Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan kepercayaan saya pada Allah SWT,” katanya.

Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.

Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.

Sumber : Wilhelm Ott

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.