Kisah
Hidayah Milik Allah, Seorang Lelaki Youtuber Terkenal Jerman Ucap Syahadah
Hidayah Milik Allah, Seorang Lelaki Youtuber Terkenal Jerman Ucap Syahadah
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya. Begitu kisah seorang YouTuber terkenal berasal dari Jerman, Christian Betzmann membuat kejutan kepada pengikutnya apabila dia menyiarkan sebuah video mempamerkan detik pengislamannya menerusi saluran YouTube.
Saya terima Islam, kini seorang Muslim
“Saya rasa sangat ‘relaks’ seperti dapat mengawal badan saya dengan lebih baik, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya tetapi ia adalah satu perasaan yang indah,” ujar Christian sewaktu ditanya oleh rakannya setelah memeluk Islam.
Di samping itu, Christian turut mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram peribadinya, @cristianbetzmann.
Menerusi gambar-gambar berkenaan, pemuda berusia 30 tahun itu menunjukkan sijil pengesahan pengislamannya dengan riak wajah yang kelihatan sangat gembira.
Islam adalah agama kedamaian
View this post on Instagram
“Saya telah memeluk agama Islam. Saya mulakan saluran ini pada Disember lepas dan menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Sewaktu saya berada di sana, saya bertemu dengan ramai insan yang hebat dan belajar mengenai agama Islam serta budaya dan kehidupan umatnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Christian, dia memulakan kerjaya sebagai seorang YouTuber pada Disember lalu dan telah menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Di negara itulah dia mula belajar tentang agama Islam, bergaul dengan ramai umat Islam dan jatuh cinta terhadap agama Islam.
Selain itu, Christian turut menceritakan kisah silamnya dumana dia menjelaskan bahawa di negara asalnya agama ‘Islam’ sering dipandang serong oleh masyarakat.
“Membesar di Eropah, perkataan ‘Islam’ selalu dikaitkan dengan perkara negatif, peperangan, keganasan dan sejujurnya saya bukanlah seorang yang alim sebelum ini jadi saya tidak kisah apa yang orang fikir.
“Kawan-kawan baik saya sewaktu kecil adalah muslim dan kita semua adalah ‘manusia’ yang berada dalam sebuah ‘simulasi’ digelar kehidupan,” luah Christian lagi.
Alhamdulillah, tahniah Christian! Semoga sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Amin.
Majalah ilmu: Orang yang mendapat hidayah Allah, akan menikmati kemanisan iman. Mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat Ini dapat dilihat dalam kehidupan dan tingkah lakunya, contohnya mereka kuat bekerja, rajin berusaha,patuh kepada suruhan Allah, dan meninggalkan larangannya.
Namun begitu, kita hendaklah berusaha utk mndpatkan hidayah Allah kerana manusia tidak berkuasa memberikannya.
Sumber: Youtube Betzmann Vlogs , Instagram Christian Betzmann
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah