Kisah
Walaupun Gadis Asal Jordan Ini Hidap “Down Sindrome” Tetapi Tidak Menghalangnya Untuk Hafal 30 Juzuk Alquran

Walaupun Gadis Asal Jordan Ini Hidap “Down Sindrome” Tetapi Tidak Menghalangnya Untuk Hafal 30 Juzuk Quran
Kejayaan dapat menghafal 30 juzuk ayat suci quran adalah kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambanya yang terpilih. Ini adalah bukan suatu yang senang untuk menghafal ayat indah itu jika kita tidak serius dalam melakukanya. Lagi-lagi di zaman sekarang banyak benda yang membuatkan kita leka dengan dunia.
Berjaya hafal al-Quran
Namun, ia tidak juga susah andai ada kemahuan dan juga semangat yang tinggi untuk melazimi kitab suci tersebut. Hal ini samalah seperti seorang gadis dari Jordan yang berjaya menjadi seorang hafizah apabila menghafal 30 juzuk ayat suci al-Quran.
Lebih menarik lagi, gadis tersebut yang dikenali sebagai Rawwan Dwaik merupakan insan istimewa kategori down syndrome.
Wanita down syndrome pertama bergelar hafizah
Menerusi perkongsian yang dibuat laman Facebook milik Umm Jamaal ud-Din, Rawwan Dwaik merupakan wanita down syndrome pertama yang berjaya menjadi seorang hafizah dan hal tersebut sangat mengembirakan ramai.
Menurut perkongsian daripada ibunya di laman web primetimezone.com, wanita itu memaklumkan bahawa Rawwan mengambil masa 7 tahun untuk menghafal al-Quran dan dia berjaya melakukannya pada pada 29 Ramadan tempoh hari.
Lazimi 3 kali sehari baca al-Quran
Bagi memastikan dia betul-betul menghafal, ibunya telah membawa Rawwan ke beberapa orang Sheikh serta guru bagi mengujinya untuk beberapa bahagian.
Akhirnya gadis tersebut berjaya melepasi ujian-ujian tersebut dan bergelar seorang hafizah.
Menurut ibunya lagi, Rawwan membaca al-Quran sebanyak 3 kali sehari dan melaziminya sejak kecil dan memaklumkan bahawa al-Quran adalah penyuluh hidupnya.
Dapat ucapan tahniah daripada warganet
Sehubungan dengan itu, sejak beberapa hari lepas, ucapan tahniah telah diterima oleh gadis berkenaan di media sosial yang gembira dengan kejayaannya menghafal kalam Allah itu.
Subhana’Allah the look of sheer happiness on the face of this beautiful young girl Rawwan Dwaik from Jordon, who is the first female with Down syndrome to have completed her memorisation of the whole Quran, may Allah عز وجل preserve and protect her. ❤️
Credit: Umm Jamaal ud-Din pic.twitter.com/GwyyCJLq5t
— •• embee™•• (@usmnmbrk) June 10, 2021
Rawwan Dwaik from Jordan, 1st female with Down syndrome to have completed her memorisation of Quran Pak ♥️♥️♥️♥️
This beautiful face ♥️ pic.twitter.com/yeynJMXXsn
— madeha naqvi (@madehanaqvi) June 11, 2021
SubahaanAllah, The Smile On Her Face Says It All! 😍
“We have made the Quran easy to memorize; yet will anyone [bother to] memorize it?” [Quran – 54:17]
Rawwan Dwaik is the first female with down syndrome, on record, to memorise the whole Quran!
May Allah bless her! ❤️
Ameen! pic.twitter.com/BlzOFZhVAU
— The Daily Reminder (@TDR_Network) June 10, 2021
Majalah ilmu: Demikianlah islam memandang Alquran sebagai pedoman hidup yang dijadikan sebagai acuan dalam kehidupan sehari-hari, baik dalam hal beribadah, kehidupan berkeluarga, kegiatan ekonomi/berdagang, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, hingga dalam adab dalam menuntut ilmu. Jadikanlah alquran sebagai pegangan hidup insyallah kita tidak akan tersesat selama-lamanya.
Sumber: Twitter, FB Umm Jamaal ud-Din, FB primetimezone.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.