Kisah
Kisah Pertama Kali Melahirkan Dan Terakhir, Wanita Terkilan Rahim Dibuang Akibat Dari Air Ketuban Masuk Dalam Saluran Darah Dan Leher Ditebuk

Memiliki seorang anak adalah kegembiraan buat ibu ayah. Tetapi disebalik kehadiran anugerah terindah ini, seorang ibu bergelut pelbagai cabaran ketika mengharunginya. Namun sakit itulah yang memberi makna hidup dan membuatkan wanita lebih mensyukuri nikmat sihat pada hari ini. Tidak dapat digambarkan kesakitan yang ditanggung oleh mereka.
Begitulah yang dilalui oleh wanita ini yang berdepan detik cemas ketika melahirkan zuriatnya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui itu adalah kelahiran pertama dan terakhirnya.
Air ketuban masuk ke saluran darah
Kisah sayu itu dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Szry Ertyqa. Wanita ini menjelaskan saat bayi dilahirkan, air ketuban termasuk sedikit ke dalam saluran darah sehingga mengalami beberapa komplikasi. Jelasnya lagi, pada awalnya dia telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
Pertama kali sedar di Hospital Serdang, ingatkan kena langgar lori ke sebab teruk sangat rupa.
Selepas selesai pembedahan, dia dibawa ke Hospital Tengku Azizah. Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, kedua-dua belah tangannya mengalami bengkak dan lebam, perutnya terdapat kesan jahitan selain terdapat parut di lehernya.
Sebelum doktor beritahu rahim dan dibuang, memang dah dapat agak pun. Sebab takkan bersalin seteruk macam ni. Bangun tengok perut kesan czer melintang dan panjang menegak ke atas pusat.
Jelas wanita ini lagi, kedua-dua belah tangannya telah dicucuk untuk dimasukkan darah tetapi disebabkan tangannya sudah lebam, darah tidak dapat masuk. Jadi doktor terpaksa menebuk lehernya.
Kelahiran pertama dan terakhir
Video: https://www.tiktok.com/@ellysshafatiemah/video/6972413025974324481
Rancang nak buat IVF tahun depan
Majalah ilmu: Dari kisah ini dapat menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Ibu sanggup menaruhkan nyawanya untuk melahirkan seorang insan yang bergelar anak. Sanggup mengharungi berbagai ujian dan cabarannya. Oleh itu, hargailah dan sayangilah ibu seperti mana sayangnya ibu kepada anak. Ingatlah sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu.
Sumber: Szry Ertyqa / ohbulan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.