Kisah
Umur Baru 21 Tahun Petani Muda Jadi “Jutawan” Jana Pendapatan RM20K Sebulan Dari Tanam Sayur
Petani Muda Jadi Jutawan : Jati diri dan kegigihan seorang anak muda jika disalurkan kepada sesuatu yang bermanfaat pastinya akan membuahkan hasil yang sangat baik. Ini juga dapat menyangkal kata-kata sumbang yang mengatakan bahawa generasi kita “pemalas” dan “manja”. Ada orang berpeluang untuk belajar sehingga ke menara gading. Ada orang pula tidak berkesempatan untuk sambung belajar dan meneruskan untuk bekerja dan membina kerjaya sendiri. Inilah kisah Ahmad Faiz Fadhli, Petani Muda Jadi Jutawan di usia 21 tahun.
Kejaya seorang petani muda jadi jutawan itu realiti dalam masyarakat
Nenek moyang kita memajukan negara ini dari titik peluh mereka mengusahakan tanah. Kata orang berbudi dengan tanah memang tidak menghampakan kerana sebusuk-busuk ubi yang dibuang hanya sekerat, yang lainnya boleh dimakan lagi. Profesion menjadi seorang petani bukanlah kerja yang mudah pada hakikatnya. Liku dan cabarannya lebih “kuat” dan memerlukan usaha gigih yang tidak berbelah bahagi. Jika sekadar hangat-hangat tahi ayam, memang tidak mungkin ia akan membuahkan hasil. Dari satu perkongsian seorang petani muda jadi jutawan, Ahmad Faiz Fadhli, 21 tahun yang berasal dari Kedah ini sudah pun 4 tahun berkecimpung dalam dunia pertanian.
Bermula dengan mengusahakan pertanian milik keluarganya sendiri untuk menanam sayur lalu dia kemudian memasarkan hasil tanaman tersebut kepada pemborong sayur di negeri itu.
Buang tanggapan jadi petani tiada masa depan dan capai impian menjadi petani muda jadi jutawan
Siapa cakap jadi petani tiada masa depan? Hidup bergelumang dengan tanah, baja, dan terik matahari sebenarnya memberikan pulangan yang sangat lumayan. Petani biasanya dianggap oleh golongan muda yang memberitahu pendapatan mereka sikit.
“Selalunya dengan hasil sayur kami peroleh RM6,000 sebulan. Harga sayur naik turun di pasaran dan tidak menentu. Kalau harga pasaran turun kami peroleh RM3,000 ke RM4,000 sebulan,” katanya.
Secara jujurnya kerjaya sebagai petani memang terpaksa berada di kebun menguruskan ladang sayur dari pagi hingga petang. Mereka bukannya duduk bawah aircond dan menghadap laptop dan fail dokumen yang bertimbun setiap hari.
Bahkan tiada istilah cuti bagi seorang pekebun kerana cuti sehari maka habislah pokok mati semuanya. Inilah yang menyebabkan ramai golongan muda takut untuk memilih bidang pertanian sebagai perkejaan tetap kerana kunci bagi seorang petani yang berjaya adalah kerja kuat.
Kuat usaha kita, maka banyaklah hasil tanaman. Bila banyak hasil tanaman, maka banyaklah juga pendapatan yang boleh kita perolehi.
Kerajaan banyak menyediakan inisiatif bagi petani dan kemudahan latihan
Petani muda jadi jutawan ini berkata juga bahawa ramai golongan mdua seperti saudara maranya di Kuala Lumpur yang berminat dalam bidang pertanian tetapi mereka tiada tanah, modal, dan paling penting ilmu dalam bidang pertanian ini.
Dalam masa yang sama mungkin ramai tidak tahu bahawa kerajaan telah banyak menolong golongaan petani dari segi bantuan racun, mesin, tempat menyimpan barang dan tapak tanaman iaitu tanah dan juga memberikan kelas kepada petani muda hari ini khususnya mereka yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentangnya.
“Di Kedah, 1 ekar tanah untuk digunakan dalam industri pertanian sewanya dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,200 setahun,” katanya.
Peluang kerja susah bagi graduan sekarang
Menurut Mohamad Mazlan Mat Pandi yang mengusahakan sawah di Kelantan, peluang pekerjaan agak payah sekarang. Bagi kelulusna diploma sepertinya gaji hanya RM1,500 lebih. Manakala purata hasil pada untuk 1 ekar bersamaan 3 tan padi mampu diperoleh ialah RM3,000 dalam 120 hari.
“Saya mempunai 30 ekar tanah dan hasil yang diperoleh dalam 4 bulan ialah RM90,000 semusim sebelum tolak modal dan juga kos upah orang. Sekarang padi dituai 2 musim dalam setahun tetapi ia bergantung kepada bekalan air,” katanya.
Dia juga amat mengalukan-alukan golongan muda untuk menceburi bidang pertanian ini sebagai profesion tetap.
“Jangan tunggu peluang pekerjaan yang susah diperoleh sekarang. Cari peluang lain seperti bidang pertanian yang banyak boleh dijalankan.”
Kita tidak akan nampak “kolot” atau ketinggalan jika memilih berbudi kepada tanah. Negara-negara maju di luar sana seperti Jepun, Korea, dan Eropah malah menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama dan bidang kerjaya yang diminati ramai anak muda.
Sumber: my team network
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah