Teknologi
Petani Muda Ini Kongsi Ilmu Penanaman Sayur Tanpa Perlu Siram Hari-Hari.
Petani Muda Ini Kongsi Ilmu Penanaman Sayur Tanpa Perlu Siram Hari-Hari.
PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) adalah sistem mengusahakan bidang pertanian yang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Pertanian cara ini juga didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik yang mana ia menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem.
Dalam perkongsian kali ini juga Majalah ilmu kongsikan kaedah PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming). Hanya menggunkan tapis dan baldi sebagai pilihan mereka yang tak punya ruang tanah dan masa yang cukup merapi tanaman rupanya, banyak lagi jenis sayuran yang sesuai menggunkan sistem tanaman seperti ini.
Menurut perkongsian daripada Petani Muda di Fa ce bo oknya kebanyakkan tanaman sayuran jenis berdaun seperti sawi, salad, kailan daun sup, kobis dan pelbagai lagi boleh dibiakkan dengan menggunkan sistem fertigasi yang dibina dari tapis dan baldi ini.
Sebelum ini, saya berjaya menanam pokok cili dengan menggunkan sistem yang sama namun kaedahnya sedikit berbeza-Petani Muda
Hal ini mungkin disebabkan oleh cili merupakan tanaman jenis berbatang keras dan mempunyai saiz pokok yang agak besar. Pun begitu, menurut Petani Muda, kaedah ini nampak macam mudah namun ramai yang membuat kesilapan hingga menyebabkan tanaman yang diusakan tak menjadi. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah:
1. PEMILIHAN MEDIUM YANG SALAH
Untuk sistem tanaman ini, tanah merupakan medium yang tidak sesuai. Ia memerlukan medium yang berupaya memang kelembapan untuk tempuh yang lama seperti sabut kelapa.
2. PENGGUNAAN BAJA
Kepekatan baja juga memainkan peranan yang penting. Untuk mendapatkan saiz dan hasil yang optimum, gunakan baja AB. “Macam saya 100% guna baja AB goncang”-Petani Muda
3. CAHAYA MATA HARI
WAJIB pastikan medium tidak kering. Oleh itu, pastikan bekas tanaman ini diletakkan di kawasan separa teduhan bagi mengelak kadar respirasi yang mendadak
CARA TANAM KANGKUNG DALAM DALAM TAPIS DAN BALDI
- Rendam benih kangkung dalam selama sekurang-kurangnya 24 jam dalam air paip saja.
- Toskan benih kangkung selepas di rendam. Masukkan dalam tapis sekadar cukup-cukup saja. Tak terlalu rapat dan padat tapi jangan sikit sangat. Pastikan benih kangkung tak lolos lubang tapis.
- Letakkan tapis di atas baldi sepadan dan sesuai antara keduanya. Masukkan air paip separas memcecah dasar tapis.
- Jauhkan atau tutup tapis berisi biji benih kangkung dari cahaya selama 2 -3 hari untuk menggalakkan anak benih yang di semai tumbuh panjang.
- Jangan panik apabila pokok kangkung kelihatan tumbuh seperti taugeh. Dedahkan pada cahaya matahari untuk merangsang pertumbuhannya.
- Selepas seminggu, boleh letak baja AB di dalam baldi berisi air. Sila alert dengan air di dalam baldi, takut jadi tempat jentik-jentik pula.
- Seterusnya pantau jumlah air dan letaklah baja jika perlu. Dalam masa 3 minggu dan sebulan pokok kangkung sudah sedia di petik.
Kalau rumah ada beranda, boleh susun di beranda baldi pokok kangkun ini ataupun susun berbaris di kaki lima tepi rumah. Teringin nak makan sayur kangkung boleh petik saja. Tak perlu lagi beli di pasar atau pasaraya. Satu kaedah berhemat dan berjimat pada suri rumah… huhu.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah