INFO
5 Model Kereta Nasional Malaysia Yang Gagal 1985 Hingga 2020

5 Model Kereta Nasional Malaysia Yang Gagal 1985 Hingga 2020
Penubuhan Proton pada tahun 1983 dan kemudiannya Perodua pada 1993 membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat Bumiputera menjadi pengedar kereta Nasional tersebut, selain pelantikan oleh syarikat pemasang kenderaan dalam negeri yang tidak seberapa jumlahnya.
Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan yang meluas dalam pembekalan kompenen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dipasang di dalam negara.
Namun kegemilangan malaysia dalam suka duka industri automatif tidaklah semudah dan segah industri automatif eropah mahupun pengeluar kenderaan dari negara matahari terbit. Sejarah kepahitan industri automatif negara terungkai apabila editor majalah ilmu senaraikan 5 kereta nasional malaysia yang paling gagal diantara tahun 1985 hinga ke tahun 2020.
Berikut adalah 5 model kereta nasional yang paling gagal pernah tercatat dalam sejarah industri automatif negara kita sejak tahun 1985 hingga kini. Ada sesetengah model kenderaan yang mempunyai reka bentuk yang buruk dan ada sesetengahnya mempunyai konsep dan teknologinya yang tidak tepat pada era itu, mungkin terlalu cepat untuk terlalu berbeza dan ada jua gagal kerana kos penyelengaraan kenderaan yang mahal yang langung tak masuk akal kalau dibandingkan dengan jenis model tersebut dan yang paling sakit sekali gagal disebabkan persepsi,
Akhirnya syarikat pengeluar kereta menanggung rugi kos berjuta-juta ringgit dari segi kos pembuatan , R&D, dan macam-macam lagi di atas kesilapan individu atasan si pembuat keputusan dan kegagalan memikat hati para pembeli.
Ini adalah lima model Kereta Nasional Malaysia Yang gagal teruk :
5. Proton Savvy
Tahun 2005 serentak dengan pelancaran produa myvi, proton juga melancarkan sebuah kenderaan yang berteknologi mereka pada waktu itu, model terulung iaitu model proton savvy. Tahun pertama savvy di lancarkan ia mendapat sambutan sangat hangat, savvy terkenal dengan kereta paling jimat minyak, dan ketahanan kerangka yang keras kukuh pada waktu itu. proton savvy adalah model yang sangat-sangat baik dari segi reka bentuk sebab proton savvy adalah model pertama yangyang memperkenalkan teknologi AMT pada era tersebut.
Iaitu Automated Manual Transmission, satu benda baru dan asing buat rakyat malysia ketika itu. savvy juga pernah di export di Australia, U.K, Singapura, Thailand, Taiwan, dan indonesia. Dan agak memeranjatkan proton savvy sebenarnya agak popular sesetengah kawasan pendalaman U.K dengan kerangka yang kukuh dan jimat minyak, dan berteknologi AMT, proton savvy pernah mendapat beberapa anugerah dari negara luar.
Dan mencipta book of records malaysia dengan penjimatan minyak 24 km perliter. wow kereta-kereta zaman sekarang axia, myvi pun susah nak dapat penjimatan mcm tu. Namun di sebabkan maklum balas daripada pengguna sedia ada, tentang masalah savvy waktu tu, dengan kos alat gantinya yang mahal untuk sesebuah kereta compact Angka jualan proton savvy mula menjunam menurun. Tak guna jimat minya sekalinpun kalau kos penjagaan mahal. Selera pengguna pergi kepada kereta myvi pada tahun itu. Pihak proton akhinya akur dan pada tahun 2010 mereka terpaksa hentikan pengeluaran proton savvy yang masih bnyak lagi lambakan stok-stok savvy pada tahun-tahun sebelumnya. Akhirnya proton savvy terkub-ur dan sang myvi masih menjadi raja di atas jalan.
4. Proton Arena
Proton arena di perkenalkan pada tahun 2002, atau dikenal sebagai proton jumbuck di negara UK , Taiwan, Afrika selatan, dan Australia. Ia adalah sebuah mini pickup truck berasaskan platform proton wira dimana ia di pacu dengan dua roda depan, mempunyai dua pintu dan dua tempat duduk sahaja.
Proton arena lebih popular di luar negara berbanding dengan negara kita sendiri. Di sebabkan permintaan terhadap permintaan truck waktu tersebut masih kurang, tambah lagi dengan fizikalnya yang rendah dan kurang baik dan hanya memuatkan dua penumpang sahaja. Siapa nak belikan ? Proton arena bertahan 1 dekat di britsh sejak 2003, Namun beverapa puluh ribu unit sahaja dia pernah terjual. Dan mejoriti proton yang terjual adalah di pasaran UK. Namun ia masih tidak cukup dan Proton arena di labelkan antara model proton yang gagal.
3. Proton Tiara.
Proton Tiara dikluarkan pada 1996. Proton kini telah mencapai umur 10 tahun sejak dilahirkan pada 1985 lalu proton mengorak langkah baru dengan menjalinkan usahsama dengan syarikat daipada france iaitu Citroen yang mana sebelum itu segala usahasama taat setia proton kepada iaitu Mitubishi Motors. Tiara di datangkan dengan enjin 1.1 liter dan yang paling menyedihkan tiara hanya datang dengan transmisi 5 speed manual sahaja.
Disebabkan alat ganti yang amat sukar untuk di cari, Tiara menjadi model yang paling murah untuk di jual semula. Dengan angka jualan kurang memberansangkan pembuatan proton tiara di hentikan sepenuhnya pada tahun 2000.
2. Proton Juara.
Pada tahun 2001, lahirlah mpv mini pertama negara iaitu Proton Juara. Hasil kerja sama proton dengan Mitsubishi. tapi malangnya, konsep micro van mpv tidak di terima baik oleh rakyat malaysia. Mungkin mantaliti rakyat malaysia belum bersedia menerima reka bentuk yang unik.
Proton juara sbenarnya model kehadapan pada era tersebut, Namun sekali lagi proton di terajang di atas kegagalan yang teruk dan pedih bila rakyat malaysia sendiri menhia hasil kerja mereka dan angka jualan proton juara, jauh berada di angka sasaran sejak hari pertama di lancarkan. Akhrnya pembuatan proton juara terpaksa di hentikan pada tahun 2002, iaitu setahun lebih sahaja sejak ia di lancarkan.
1.Perodua Nautica
Model yang menjuarai kereta-kereta gagal nasional sepanjang zaman adalah perodua nautica. Memang tak boleh disangkal lagi. Perodua nautica sememangnya layak berada di tangga teratas kereta-kereta nasional paling gaga. Pada tahun 2008, keputusan produa untuk membawa masuk unit Perodua nautica di malaysia serentak dengan pelancaran dengan kembarnya yang lebih hensem dan bergaya iaitu toyota rush sememangnya membawa padah. Dengan harga Perodua nautica 90k hampir sama dengan toyota rush 95k. Dengan perbezaan harga hanya 5 ribu ringit lantas mudah untuk rakyat malaysia untuk membuat keputusan.
Inilah lima model dalam carta kereta-kereta nasional paling gagal sepanjang zaman akibat keputusan daif dari individu-individu atasan yang mempunyai kuasa dan suara untuk membuat keputusan. Lantas di hukum oleh kuasa pembeli iaitu rakyat kita sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
INFO
“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga

“Yang langgar elok pula hidup!” – Kamal Adli berang dua beradik lumba kereta mewah, ragut nyawa empat sekeluarga
SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba terus mengundang tragedi berdarah apabila empat nyawa sekeluarga yang tidak bersalah melayang dalam sekelip mata.
Insiden menyayat hati yang berlaku di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor itu turut mendapat perhatian pelakon popular, Kamal Adli.
Kamal, 40, meluahkan rasa kesal dan berang dengan tindakan melulu pemandu terbabit yang langsung tidak memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Kamal Adli Luah Rasa Bengang
Menerusi hantaran di platform Threads, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini menyifatkan perbuatan berlumba di jalan raya yang sibuk terutamanya ketika musim orang ramai pulang ke kampung sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.
“Memang bodoh boleh berlumba tengah jalan-jalan sibuk orang balik dari kampung! Sampai orang tak bersalah yang meninggal! Bodoh gila!
“Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka bersama orang-orang beriman,” tulisnya penuh emosi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan kenyataan Kamal dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap nasib malang yang menimpa keluarga berkenaan.
Kronologi Kemalangan Ngeri
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari Isnin, kemalangan ngeri itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu dua buah Mercedes-Benz A250, sebuah BMW 530e, Toyota Vios, Perodua Alza dan Proton Wira.
Siasatan pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan dua kenderaan mewah yang dipandu secara laju dan melulu.
Akibatnya, kereta BMW berkenaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga tersebut.
Pelumba Rupanya Adik-Beradik
Lebih mengejutkan, pemandu Mercedes-Benz yang terselamat dan pemandu BMW yang maut rupa-rupanya merupakan pasangan adik-beradik.
Pemandu BMW berusia 22 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Manakala adiknya yang berusia 19 tahun, pemandu Mercedes-Benz, kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tragedi ini turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang menggesa pihak polis menyegerakan siasatan agar tindakan pendakwaan yang setimpal dapat diambil terhadap pelaku.
Sumber: ohmymedia
INFO
’Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam

‘Satu Keluarga Habis Licin…’ – Angkara Ego Kereta Mewah Berlumba, 4 Beranak Dijemput Ajal Serentak Di Simpang Renggam
SIAPA sangka, perjalanan petang yang disangka tenang bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang paling menyayat hati. Kegembiraan sebuah keluarga hancur berkecai dalam sekelip mata apabila empat ahli keluarga terkorban serentak dalam satu kemalangan ngeri melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam.
Lebih memilukan, insiden hitam ini dipercayai berpunca daripada sikap mementingkan diri dan ego pemandu dua buah kenderaan mewah yang memandu secara laju dan melulu di jalan awam.
Detik Cemas Rempuhan Berantai, BMW Meluncur Masuk Laluan Bertentangan
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta Mercedes-Benz A250 dan sebuah BMW 530e. Kedua-dua kenderaan berkenaan dipercayai dipandu secara berbahaya dari arah Kluang menuju ke Simpang Renggam.
”Pemandu BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu dipercayai hilang kawalan akibat dipandu terlalu laju sebelum ia meluncur masuk ke laluan bertentangan.
”Kereta terbabit kemudiannya merempuh empat buah kenderaan lain yang sedang bergerak di laluan berkenaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz,” katanya.
Akibat impak rempuhan yang tersangat kuat, kereta BMW tersebut dilaporkan tercampak lalu terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.
Empat Beranak Dalam Toyota Vios Maut Di Tempat Kejadian
Sesiapa sahaja yang melihat foto kejadian pasti akan menitiskan air mata. Rempuhan itu telah mengorbankan pemandu Toyota Vios, seorang lelaki berusia 36 tahun, isterinya (33 tahun), seorang warga emas (73 tahun) dan seorang kanak-kanak perempuan sekecil 10 tahun. Dipercayai, kesemua mereka adalah ahli keluarga terdekat.
Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan. Sementara itu, pemandu BMW berusia 22 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Tragedi ini turut menyebabkan dua lagi kanak-kanak berusia 11 dan tujuh tahun yang menaiki Perodua Alza mengalami kecederaan parah di kepala dan kini sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Beberapa pemandu lain turut mengalami kecederaan di kaki, muka, dan dada.
Remaja 19 Tahun Ditahan Polis, Netizen Mula Berang
Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pemandu Mercedes-Benz A250 yang baru berusia 19 tahun bagi membantu siasatan. Kenderaannya turut dirampas, bagaimanapun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Berita ini ternyata mengundang kemarahan netizen di media sosial. Rata-rata mengecam tindakan pemandu-pemandu tersebut yang menjadikan jalan raya awam sebagai litar lumba peribadi sehingga mengorbankan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
“Moga Ada Syurga Buat Kalian…” – Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, suasana pilu menyelubungi netizen apabila memikirkan nasib waris yang ditinggalkan. Bayangkan, dalam satu tengah hari, terus hilang empat ahli keluarga sekaligus.
“Ya Allah, luluh hati saya membaca berita ni. Hilang satu keluarga sekaligus. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis seorang netizen.
“Tolonglah haramkan pemandu-pemandu melulu macam ni daripada guna jalan raya. Kerana ego nak tunjuk hebat, anak orang lain jadi yatim piatu, keluarga orang lain hancur!” komen seorang lagi dengan nada kesal.
Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa bertimbang rasa dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah, keluarga kita da
n keluarga orang lain sedang menunggu di rumah.
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat para mangsa yang terkorban dan doakan kesembuhan buat anak-anak kecil yang masih kritikal di hospital.
Sumber: borakdaily
INFO
‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen

‘Tolong Kuat Ibu, Kami Tunggu Di Rumah’ – Warkah Rindu Anak Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Sentuh Hati Netizen
Anak Pendaki Wanita Hilang
SEJAK dilaporkan hilang pada 24 Mei lalu di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, misi pencarian pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, masih menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia.
Terbaharu, tular di media sosial satu luahan hati yang amat menyayat hati daripada anak mangsa yang setia menanti kepulangan ibunya di rumah.
Warkah ringkas namun penuh emosi itu dikongsikan semula oleh pengguna akaun TikTok @darwisyahfaizal, sekali gus mengundang simpati dan air mata dalam kalangan netizen.
Anak Pendaki Wanita Hilang
“Ibu Insan Paling Kuat Saya Kenal”
Menerusi hantaran tersebut, si anak menyatakan keredaan dan ketabahannya dalam mendepani ujian yang amat berat ini, biarpun mengakui ada ketikanya dia berasa sangat tidak berdaya.
“Hai Ibu, saya tahu ibu kuat. Malah, ibu adalah antara insan paling kuat yang saya kenal. Saya tak dapat membayangkan apa yang sedang ibu lalui sekarang, tapi saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan ibu kekuatan, ketenangan dan perlindungan untuk terus bertahan,” tulisnya.
Lebih meruntun jiwa, anak mangsa turut menitipkan kata-kata semangat agar ibunya tidak berputus asa di dalam hutan belantara berkenaan.
Dia juga memegang erat pesanan ibunya yang sering mengingatkan tentang kebaikan pencipta dalam apa jua keadaan sekalipun.
“Kami semua sedang menanti kepulangan ibu. Ada masanya saya berasa sangat tak berdaya, tapi saya cuba ingat kata-kata ibu: ‘Allah Maha Baik’. Ibu tak keseorangan. Allah sentiasa bersama ibu, dan kami juga sentiasa bersama ibu dari sini. Kami sayang ibu sangat-sangat,” luahnya lagi.
Anak Pendaki Wanita Hilang
Netizen Banjiri Ruangan Komen Dengan Doa
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak dapat menahan sebak malah turut menumpahkan air mata membaca titipan rindu seorang anak kepada ibunya itu.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada keluarga mangsa agar terus cekal sementara menanti perkhabaran gembira daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
“Allahuakbar, luruh jantung baca luahan anak dia. Semoga ada keajaiban buat Puan Jaslinda. Ya Allah, pulangkanlah ibu ini ke pangkuan anak-anaknya dalam keadaan selamat,” komen seorang netizen.
“Tak dapat bayangkan perasaan anak dia sekarang. Semoga pasukan SAR dipermudahkan urusan dan diberikan petunjuk segera,” tambah seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, operasi SAR bagi mengesan Jaslinda Saludin yang hilang di kawasan pergunungan tersebut masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai agensi dan malim gunung.
Sama-sama kita doakan agar Puan Jaslinda segera ditemui dengan selamat.
Sumber: borakdaily
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










