INFO
Gambar Penuh Di Telefon, Fon Lembab sangat, Ikut Langkah Ini

Gambar Penuh Di Telefon, Fon Lembab sangat, Ikut Langkah Ini
Zaman kini telefon bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi tetapi lebih daripada itu. Pelbagai fungsi untuk memudahkan kehidupan seharian manusia. Salah satu kegunaan telefon pintar adalah mengambil gambar. Hampir setiap hari kita akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Disebab itu storage telefon kita penuh dengan gambar.
Kerap tejadi telefon jadi lembap kerana memory full. Nak padam sayang, satu lagi kalau nak padam satu satu pun makan masa.
Bagi korang yang ada masalah ini boleh guna Google Photo untuk simpan atau back up semua gambar yang ada dalam telefon.
Teknik back up gambar dalam phone
Langkahnya dikongsi oleh HaziqHissham melalui akaun Twitter miliknya.
Memory card full dengan gambar ? Makan masa nak delete satu persatu? Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan secara ‘cloud’ dalam satu apps yang bernama Google Photo. Kalau ada yang berminat nak tau boleh scroll thread kat bawah.
- Kalau kita seseorang yang rajin nak check storage balance dalam phone, itu bermakna kita seorang yang pandai jaga phone. Tapi ada orang yang malas nak check, bila nak snap je gambar MEMORY FULL atau lagi worst phone jadi lembab sebab memory dah full.
- Buka Play Store dan install Google Photo apps ini dalam phone. Elok check phone dulu sbb ada yang latest android yang siap-siap pre-install masa purchase. Kalau takda itu tandanya perlu download sendiri. Lepas download click open.
- Bukak Google Photo dan make sure anda sign in ke gmail account yang sama phone anda gunakan. Email yang sama akan mudahkan process synchronize segala detail yang Google inginkan.
- Ini adalah interface Google Photo, kebiasaannya apps ni akan dapat detect terus semua gambar dan video yang kita snap gunakan camera phone. So, xperlu buat apa-apa just biar Google Photo back-up semua gambar dan video yang ada. Gambar akan tersusun ikut tarikh diambil.
- Setiap gambar yang di back-up dalam Google Photo adalah version High Quality bukan raw image. Jika anda jenis yang x kisah apa-apa gambar pun asalkan cantik dan clear, abaikan jer apa itu raw semua tu. So kalau kita upload raw image, storage akan limited kepada 15 GB sahaja.
- Sekiranya kita pilih untuk upload High Quality image, storage yang disediakan oleh Google adalah unlimited. So, beribu-ribu gambar yang dibackup pun tiada masalah
- Dalam ruangan settings ada disediakan option untuk capture Google Location dimana ianya akan tambahkan fungsi pencarian gambar mengikut lokasi. Jika kita jenis yang suka snap-snap pastu terlupa kat mana tempat tu boleh je turn on features ni.
- Di sini adalah features paling menarik. Apabila settings ini di aktifkan, Google Photo akan automatically delete semua gambar dan video yg sudah dibackup dari phone. Maka semua file gambar dan video kita telah selamat disimpan secara cloud.
- Features tambahan, kita boleh add orang lain (seperti family @ pasangan) untuk kita berkongsi gambar yang telah dibackup dalam Google Photo. Features tersebut boleh diaktifkan dalam ruangan Add Partner Account.
Sebarkan Ilmu dan Selamat mencuba!
Sumber : HaziqHissham
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

INFO
Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat
Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.
Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.
Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.
Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.
LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR
Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:
- Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
- Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
- Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.
PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN
- Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
- Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
- Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.
Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.
Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia
INFO
Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi
Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.
Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.
Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.
Tangan Terkeluar Dari Kotak
Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.
Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.
Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam
Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah













