Connect with us

AGAMA

Pesan Ustaz Ebit Lew “Duit Tinggal Atas Meja, Beri Kad Bank Pada Isteri” Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib.

Pesan Ustaz Ebit Lew “Duit Tinggal Atas Meja, Beri Kad Bank Pada Isteri” Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya.

Aktivis kebajikan dan dakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menasihati golongan suami agar tidak kedekut untuk membelanjakan wang yang ada bagi kegunaan isteri dan keluarga.

Menurut beliau, wang yang dikeluarkan untuk isteri dan keluarga itulah merupakan satu bentuk sedekah yang paling besar nilainya.

“Apa yang kita suka untuk diri sendiri itu juga kita kongsi. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor.

“Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri, tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga.

“Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita,” katanya dalam satu entri yang dimuat naik di Instagram.

kereta

Dia juga tidak pernah bertanyakan mengenai hal perbelanjaan atas setiap wang yang diberikan kepada isterinya.

“Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa.

“Susu, pampers anak. Allahuakbar. Dari dulu lagi, tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita,” nasihatnya.

Begitupun, katanya, perbelanjaan tersebut sebaiknya biarlah mengikut kemampuan masing-masing.

“Sedih baca ramai juga masa tak ada duit tak apalah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.

ebit rumah

“Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama,” jelasnya.

Ebit merupakan antara pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Sumber: IG Ustaz Ebit Lew

Selamat mencuba.

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU