Connect with us

INFO

Persaraan Pilihan 2023: Syarat Kelayakan, Faedah & Garis Panduan

Published

on

Persaraan Pilihan

Persaraan Pilihan 2023: Syarat Kelayakan, Faedah & Garis Panduan

Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239 ~ Di Malaysia, umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun adalah 60 tahun. Walaubagaimanapun, penjawat awam masih boleh memohon untuk bersara lebih awal mengikut syarat yang ditetapkan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

Persaraan Pilihan

Persaraan pilihan membolehkan penjawat awam bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Sekiranya menepati syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, penjawat awam tersebut sudah layak bergelar ‘pesara Kerajaan’ dan boleh menerima faedah-faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen:

  • Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan/perubatan percuma di premis kesihatan Kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa),
  • Ganjaran Perkhidmatan; dan
  • Award Wang Tunai GCR

Namun begitu, bayaran pencen bulanan akan diterima setelah mencapai usia 55 tahun kelak sekiranya penjawat awam itu dilantik selepas tarikh 12 April 1991. Pastikan akaun bank yang telah didaftarkan semasa urusan persaraan kekal aktif.

Jumlah bayaran pencen yang akan diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari setelah mencapai usia 55 tahun.

Persaraan Pilihan - Garis Panduan Permohonan (2023)

BACA JUGA: PPAM 2023 – Cara Memohon Perumahan Penjawat Awam & Syarat Kelayakan

Syarat Permohonan

  • Telah disahkan dalam jawatan;
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)

Faedah Persaraan Pilihan 

persaraan pilihan

persaraan pilihan

Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Pilihan

persaraan pilihan

Prosedur Permohonan Mendapatkan Sokongan Kementerian

  • Mengemukakan surat permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan sekurang-kurangnya satu (1) tahun lebih awal dari tarikh persaraan pilihan yang dimohon ke Sub-Unit Pencen, Unit Perjawatan dan Perkhidmatan (UPP), Sektor Sumber Manusia (SSM), JPWPKL.
  • Pemilihan tarikh bersara pilihan adalah disarankan selepas tarikh Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pegawai.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Mendapatkan Sokongan Kementerian

  • Borang KPM ; Permohonan Untuk Bersara Pilihan Sendiri (Pin 1/94)
  • Justifikasi tambahan daripada pemohon dan Ketua Jabatan (bagi pemohon yang berumur kurang 45 tahun)
  • Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini dan lengkap
  • Laporan Pengisytiharan Harta yang terkini
  • Borang Pengesahan Ikatan Kontrak Biasiswa Kerajaan
  • Borang Penyata Tatatertib
  • Borang Rujukan Hutang Piutang
  • Salinan Kad Pengenalan

Tindakan Pegawai Selepas Permohonan Persaraan Pilihan Dikemukakan Ke Kementerian

  • Sentiasa mengemas kini dan memastikan rekod peribadi dan profil perkhidmatan dalam Sistem KRMIS dan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) adalah yang terkini bagi melancarkan proses semakan dan sokongan / kelulusan oleh pihak Kementerian dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Melengkap dan mengemukakan set Borang Persaraan JPA ke Sub-Unit Pencen, UPP, SSM, JPWPKL selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh persaraan pilihan untuk semakan dan proses lanjut sebelum dihantar ke JPA.

Sumber : Bahagian Pencen JPA

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending