Connect with us

INFO

Kembara Kenali Borneo 2023: YDP Agong Bakal Jelajah Sabah & Sarawak September ini

Published

on

kembara kenali borneo

Kembara Kenali Borneo 2023: YDP Agong Bakal Jelajah Sabah & Sarawak September ini

Kembara Kenali Borneo 2023 ~ Untuk makluman, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal berangkat untuk memulakan jelajah ‘Kembara Kenali Borneo 2023’.

Jelajah Kembara Kenali Borneo 2023 ini akan bermula dari 3 hingga 13 September 2023

Kembara Kenali Borneo 2023

Kembara Kenali Borneo

Program Kembara Kenali Borneo ini membabitkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer selama 11 hari. Salah satu objektif utama program ini adalah untuk bertemu rakyat di dua wilayah di Borneo itu.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijangka memulakan jelajah ini melalui Lebuhraya Pan Borneo pada 3 September yang akan bermula dari Sabah. 

Selepas itu, perjalanan diteruskan di Sarawak melalui Lebuhraya Pan Borneo dan jalan pesisir bermula 7 hingga 13 September untuk bertemu rakyat yang tinggal di penempatan yang jauh dari Lebuhraya Pan Borneo.

Secara rasmi, rombongan baginda akan tiba di ICQ Merapok di Sarawak pada 7 Sept dari Sabah dan menuju ke Bandar Lawas, seterusnya ke Tebingan Lawas sebelum meneruskan ke Negara Brunei Darussalam.

BACA JUGA: BISTARI 2023 – Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100

Tarikh Kembara Kenali Borneo 2023

KEMBARA KENALI BORNEO 2023

Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dijadual bermula di Tawau, Sabah pada 3 Sept dan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023, meliputi perjalanan sejauh 2,154 km.

Tema 

Program ini bertemakan ‘Journey of Culture and Nature’. Secara tidak langsung, ia membuka peluang kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak, khasnya kerajaan negeri bagi memaparkan keunikan budaya dan etnik dengan lebih dekat kepada Seri Paduka berdua. 

Lokasi Dilawati

Kembara Kenali Borneo 2023

Lokasi yang bakal dilawati di Sabah akan melibatkan beberapa daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau (Kundasang), Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang. 

Manakala, di Sarawak, antara lokasi yang akan dilawati di Sarawak termasuk Tebingan Lawas, Miri Handicraft Centre, Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, Pantai Bungai Bekenu, Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, Tokong Yu Lung Tian En Si Sibu, Kampung Bandung Sibu, Pasar Central Sibu, Masjid Bahagian Sri Aman, Fort Alice Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

Di setiap lokasi yang dilawati, Kerajaan Sabah dan Sarawak telah menyediakan pelbagai program menarik, antaranya aktiviti bersama rakyat, pameran dan demonstrasi kraftangan, aktiviti kebudayaan dan aktviti memasak. 

Selama enam hari rombongan akan berpeluang mengenali dan menyelami adat, budaya, warisan rakyat berbilang kaum di Sabah dan Sarawak.

Rombongan juga akan menikmati pelbagai jenis juadah dan makanan tempatan Sabah dan Sarawak yang begitu unik dan paling penting berpeluang beramah mesra dengan rakyat di dua negeri ini sejajar dengan matlamat utama kembara untuk mendampingi dan menyantuni rakyat Borneo. 

Sumber: https://sabahnews.com.my/ , Utusan Borneo, dll

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260908 051438 0000

Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

(more…)

Continue Reading

INFO

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 233535 0000

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.

​Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.

​Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.

​Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.

LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR

​Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:

  • Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
  • Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.

PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN

  • Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
  • Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
  • Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.

​Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.

​Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

INFO

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Published

on

Anak Dituduh Rosakkan Kerusi Sekolah Ibu Sanggup Pikul Meja Kerusi Baru 20260906 223831 0000

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

​Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.

​Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.

​Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.

Tangan Terkeluar Dari Kotak

​Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.

​Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.

Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam

​Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.

​Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.

​Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.

Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia

Majalah ilmu

Continue Reading

Trending