INFO
BISTARI 2023: Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100

BISTARI 2023: Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100
Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) telah mewujudkan salah satu inisiatif untuk bantuan pendidikan rakyat Sabah, iaitu Tabung Simpanan Anak Sabah.
Ikuti perkongsian kami untuk mengetahui maklumat bantuan ini dengan lebih lanjut.
BISTARI 2023
BISTARI 2023 atau Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah untuk rakyat Sabah. Inisiatif bantuan yang memperuntukkan anggaran RM5 juta ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada akhir tahun 2021 lalu dan masih diteruskan untuk tahun ini.
Menurut beliau, inisiatif bantuan ini adalah sebagai komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan dan menggalakkan ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.
Kadar Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah
Kadar bantuan adalah berbentuk tabung simpanan sebanyak RM100 yang akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bagi bayi yang berkelayakan.
Tempoh Permohonan
Permohonan untuk Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100 ini telah dibuka bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023. Pastikan anda membuat permohonan segera sebelum hujung tahun ini.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah kriteria permohonan untuk inisiatif bantuan ini:
- Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
- Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
BACA JUGA: Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023 – Autonomi Pengetua
Cara Permohonan Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah – Bistari 2023
Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan, terdapat 2 cara yang boleh dilaksanakan seperti yang berikut:
i) Atas Talian
- Layari pautan permohonan berikut: https://cutt.ly/OnlineBISTARI .
- Lengkapkan borang permohonan online tersebut.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat yang diisi adalah lengkap.
- Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
ii) Borang Permohonan
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://cutt.ly/BorangBistari.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut: Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat bantuan permohonan ini;
- Sijil lahir bayi
- Kad pengenalan ibu bapa
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai BISTARI 2023, anda boleh melayari FaceBook Rasmi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
Atau, hubungi talian berikut: 088-369872
Atau, layari laman web rasmi PTPTN melalui pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.