Pendidikan
Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023 – Autonomi Pengetua

Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2023 – Autonomi Pengetua
Sukacita dimaklumkan terutamanya buat pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam. Anda boleh melakukan rayuan permohonan ke Tingkatan 6 dengan kuasa autonomi pengetua sekolah.
Baca info lebih lanjut mengenainya melalui perkongsian di bawah.
Permohonan Rayuan Tingkatan 6
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan melalui autonomi pengetua mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar, berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu membolehkan pengetua membuat tawaran terus kepada pelajar berpotensi, yang memerlukan peluang menyambung pengajian tanpa perlu menunggu tawaran daripada KPM seperti tahun sebelumnya.
Pemberian autonomi itu juga memberi jaminan akses yang lebih luas bagi pelajar daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam.
BACA JUGA: Permohonan Sekolah Khusus 2024 / 2025 – Tarikh & Tarikh Penting
Cara Memohon
Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam 2023 ini boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.
Pihak pengetua sekolah boleh mendaftarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang tidak ada tempat, peluang dan ruang boleh sambung tanpa tunggu tawaran KPM.

KPM – Pemakluman Pelaksanaan Autonomi Pengetua Bagi Proses Rayuan Kemasukan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Ke Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023
Tarikh Permohonan Rayuan
Permohonan rayuan ini boleh dilakukan mulai 7 hingga 17 Ogos 2023.
Manakala, keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 18 Ogos 2023 melalui Pusat Tingkatan Enam yang dimohon.
Tarikh Lapor Diri
Bagi pelajar yang berjaya ditawarkan ke Tingkatan Enam, anda perlu melapor diri pada 20 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan A dan 21 Ogos 2023 bagi negeri kumpulan B.
Senarai Kolej / Sekolah / Pusat Tingkatan 6
Untuk semak senarai pusat Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah mengikut negeri:
PAKEJ-MATA-PELAJARAN-T6-2021 Senarai-Sekolah-Pusat-Tingkatan-6
Senarai Mata Pelajaran Ditawarkan:
Untuk semak senarai mata pelajaran ditawarkan di Tingkatan 6, sila klik pautan senarai dibawah:
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah murid perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?
J: Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam.
2. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
J: Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2023.
Syarat Khas;
- Bidang Sains: Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
- Bidang Sains Sosial: Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.
3. Kategori Kolej Tingkatan 6
J: Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:
Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 2) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di pautan berikut: https://sst6.moe.gov.my/
Atau, hubungi:
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
- No. Telefon : 03-8884 9370
- No. Fax : 03-8888 6671
Pendidikan
“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan

“Guru Fokus Mengajar, Warden Jaga Sahsiah” MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa Mulai Tahun Depan
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal melalui satu perubahan besar yang dilihat mampu memberi manfaat kepada guru dan pelajar apabila semua 58 buah MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa.
Apa yang menarik perhatian, warden-warden ini bukan lagi terdiri daripada guru, sebaliknya akan dipilih daripada bekas anggota beruniform yang melalui tapisan ketat serta latihan khas.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi membolehkan guru memberi fokus sepenuhnya kepada tugas mengajar, mendidik dan membentuk kemenjadian pelajar.
“Bermula tahun depan semua 58 buah MRSM akan ada warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota beruniform dengan pemilihan yang ketat dan wajib melalui latihan untuk faham Falsafah Pendidikan MARA.
“Guru-guru tidak perlu lagi terbeban dengan tugas warden, hanya fokus mengajar, mendidik dan kemenjadian pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Menurut beliau, warden yang dipilih bukan sekadar menjaga disiplin atau rutin harian di asrama, tetapi memainkan peranan besar sebagai pendidik watak dan ibu bapa kedua kepada pelajar.
Mereka akan bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar terjamin, disiplin sentiasa terkawal serta membantu membentuk sahsiah, nilai kasih sayang dan keperibadian pelajar.
Dalam masa sama, pelaksanaan warden sepenuh masa ini juga memberi ruang kepada guru untuk lebih memberi perhatian terhadap kualiti pengajaran, pembangunan potensi pelajar dan aspek pembelajaran secara lebih mendalam.
Sebelum ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut di Terengganu dan MRSM Balik Pulau di Pulau Pinang menjadi antara perintis kepada penggunaan warden daripada bekas anggota beruniform.
Warden yang dipilih perlu menjalani beberapa siri tapisan termasuk sesi temu duga komprehensif bagi memastikan mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MARA.
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha serius untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan pelajar di asrama lebih terjaga tanpa membebankan guru.
Ramai melihat keputusan ini sebagai perubahan positif kerana guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan, manakala warden pula memainkan peranan lebih khusus dalam membimbing kehidupan pelajar di asrama.
Pendekatan MRSM Perkenal Warden Sepenuh Masa ini juga seiring dengan ketegasan MARA yang sebelum ini menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku, namun tetap mengutamakan pendekatan mendidik, memulih dan berlaku adil kepada pelajar.
Pendidikan
RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia

RM60,000 Halang Impian Jadi Doktor — Uncle Kentang Hulurkan Harapan Buat Pelajar Malaysia
Impian seorang gadis muda Malaysia untuk menjadi doktor hampir berkubur, bukan kerana kegagalan akademik, tetapi kerana kekangan kewangan.
Selepas berjaya memperoleh tawaran ke Universiti Monash, masa depan gadis itu kelihatan cerah. Namun kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila yuran pendaftaran sebanyak RM60,000 perlu dijelaskan dalam tempoh yang singkat.
Bagi keluarganya, jumlah itu bukan kecil. Masa semakin suntuk, dan mereka terpaksa berkejar dengan waktu untuk mencari dana demi menyelamatkan impian anak mereka.
Ayah Berusaha, Namun Masih Kekurangan RM40,000
Dalam satu perkongsian di Facebook, Uncle Kentang mendedahkan bahawa bapa gadis tersebut mempunyai simpanan KWSP, namun hanya boleh dikeluarkan sepenuhnya selepas setahun.
Dengan usaha sendiri, beliau berjaya mengumpul RM20,000 melalui pelbagai cara. Namun, baki RM40,000 masih menjadi tembok besar yang menghalang.
Dalam keadaan terdesak, bapa itu memberanikan diri menghubungi Uncle Kentang, walaupun beliau sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Pelawat Hospital Sungai Buloh serta seorang Rotarian.
Katanya, ini bukan soal maruah — ini soal masa depan anak.
Berani Bersuara Demi Impian
Bagi membantu orang ramai memahami situasi sebenar, Uncle Kentang meminta gadis itu merakam video rayuan.
Walaupun gementar, dia mengumpul keberanian untuk berkongsi kisahnya.
Menurut Uncle Kentang, ramai anak muda memilih untuk diam kerana takut dipandang rendah atau dikritik di media sosial.
Namun gadis ini memilih untuk bersuara, kerana dia tidak mahu melihat impiannya hilang begitu sahaja.
Sahabat 30 Tahun Tampil Membantu
Selepas usaha mendapatkan tajaan daripada seorang ahli perniagaan tidak berhasil, Uncle Kentang menghubungi sahabat lamanya selama 30 tahun, GS Lau.
Tanpa banyak soal, setelah mendengar kisah tersebut, GS Lau bersama keluarganya bersetuju memberi pinjaman mesra untuk menampung baki yang diperlukan.
Uncle Kentang menegaskan, bantuan tidak sepatutnya dinilai berdasarkan bangsa atau latar belakang.
“Jika impian itu benar dan layak diperjuangkan, kita wajib membantunya,” katanya.
Surat Terima Kasih yang Menyentuh Hati
Selepas menerima bantuan, gadis itu menulis sepucuk surat penuh emosi kepada mereka yang menghulurkan tangan ketika dia hampir berputus asa.
Dia secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tuan dan Puan GS Lau serta keluarga, kerana mempercayai impiannya.
Mereka kemudian bertemu dalam satu makan tengah hari vegetarian, di mana proses penyerahan dana disempurnakan — bukan sekadar transaksi, tetapi simbol kepercayaan terhadap masa depan.
Bila Kebaikan Menyelamatkan Impian
Uncle Kentang menutup perkongsiannya dengan rasa syukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Beliau mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti menjadi doktor yang memberi kembali kepada masyarakat.
Apa yang bermula sebagai krisis kewangan, kini menjadi kisah tentang harapan, kebaikan hati, dan kuasa komuniti.
Kerana kadang-kadang, satu tangan yang menghulur mampu mengubah seluruh masa depan seseorang.
Pendidikan
Ibu Cina Pilih Hantar Anak Ke PASTI, Kini Boleh Bertutur Bahasa Melayu

CHA’AH, SEGAMAT — Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di TikTok menjadi tular selepas beliau menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kampung halamannya di Cha’ah, Johor.
Wanita tersebut, yang menggunakan akaun TikTok @joeychan427, berkongsi bagaimana keputusan itu dibuat bukan kerana faktor agama, tetapi kerana lokasi yang dekat, suasana mesra kanak-kanak dan layanan guru yang penuh kasih sayang.
Anaknya yang dikenali sebagai Kangkang, berusia dua tahun setengah ketika itu, ditempatkan sementara di PASTI ketika mereka pulang dari Perak ke Johor bagi menguruskan hal keluarga.
“Tadika ini nampak sangat menarik, cikgu-cikgunya baik dan mesra. Jadi saya letakkan Kangkang belajar di sini,” tulisnya dalam satu hantaran.
Terima Kecaman, Namun Tetap Berfikiran Terbuka
Menurut ibu tersebut, tidak semua pihak bersetuju dengan keputusannya. Ada yang menghantar mesej negatif kerana menghantar anak ke tadika berteraskan Islam.
Namun, beliau memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.
“Dulu saya sendiri satu-satunya pelajar Cina dalam kelas semasa belajar Form 6 di Cha’ah. Saya rasa bagus kalau anak saya boleh belajar budaya lain. Kita satu Malaysia,” katanya.
Perkembangan Positif Dalam Tempoh 3 Bulan
Selepas tiga bulan di PASTI, Kangkang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia kini sudah boleh menyebut perkataan asas dalam Bahasa Melayu seperti:
“Ibu”
“Duduk”
Nombor “satu, tiga, empat”
Malah, kadangkala Kangkang turut menyanyikan lagu kanak-kanak dalam Bahasa Melayu.
Perkara itu membuatkan ibunya terharu, apatah lagi apabila menerima ratusan komen positif daripada netizen yang menyokong tindakannya.
“Saya baca semua komen walaupun tak sempat balas satu-satu. Terima kasih atas kata-kata baik,” katanya.
Akan Kembali Ke Perak, Namun PASTI Tetap Di Hati
Kangkang dijadualkan pulang ke Perak pada Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina, manakala ibunya akan kembali bekerja sebagai guru bermula Mac.
Namun, beliau berjanji akan terus menziarahi tadika tersebut setiap kali pulang ke Cha’ah.
“Saya akan rindu tadika pertama Kangkang. Bila balik Cha’ah nanti, saya pasti bawa dia jumpa cikgu dan kawan-kawan PASTI.”
Bukti Perpaduan Bermula Dari Pendidikan Awal
Kisah ini menjadi contoh bahawa perpaduan tidak hanya dibina melalui slogan, tetapi melalui pengalaman dan pendedahan sejak kecil.
Apabila kanak-kanak diajar untuk mengenali budaya berbeza dalam suasana harmoni, ia bukan sahaja menguatkan bahasa dan komunikasi, malah menyemai nilai toleransi yang menjadi asas sebuah negara majmuk.
Sumber: TikTok @joeychan427
Disunting oleh: Majalah Ilmu
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









