Pendidikan
Pra Diploma UiTM 2023: Semakan Keputusan & Pendaftaran Online

Pra Diploma UiTM 2023: Semakan Keputusan & Pendaftaran Online
Kepada para pelajar yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pra Diploma UITM 2023, anda kini boleh menyemak keputusan permohonan tersebut serta membuat pendaftaran secara dalam talian (online) bermula dari tarikh yang ditetapkan.
Sila rujuk info lebih lanjut di bawah.
Pra Diploma UiTM
Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM atau Pra Diploma UiTM dulu adalah dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.
Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.
Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Yuran pengajian PERCUMA, ELAUN sara diri bulanan dan asrama penginapan PERCUMA juga tersedia.
Syarat kemasukan untuk masuk ke program ini hanya perlu LULUS SPM 3 kredit sahaja. Oleh itu, Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.
BACA JUGA: Siti Nurfarahdini Graduan UiTM Kongsi Rahsia Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Masa 40 Hari
Kelebihan Pra Diploma UiTM
- Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
- Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
- Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
- Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
- Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli
Hebahan Keputusan & Cara Semak Keputusan Pra Diploma UiTM 2023
Sila ambil perhatian, hebahan keputusan Program Pra Diploma (Fasa 1) Sesi 1 2023/2024 (Sesi Kemasukan Oktober 2023) boleh disemak mulai 9 Ogos 2023, Rabu (12.00 tengahari).
Untuk membuat semakan, anda boleh layari pautan berikut: https://online.uitm.edu.my
Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online)
Apabila berjaya di terima, anda perlu klik SETUJU dan buat pendaftaran secara dalam talian (online).
Pendaftaran Pelajar secara online boleh dilakukan bermula 9 Ogos hingga 24 September 2023 melalui portal i-Student.
NOTA: Pastikan anda membaca dengan teliti surat tawaran dan panduan pendaftaran pelajar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kelak.
Senarai Kampus Program Pra Diploma UiTM
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan, sila layari laman web rasmi UiTM melalui pautan berikut: https://online.uitm.edu.my
Atau, hubungi UNIT DIPLOMA & PRA DIPLOMA, Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui:
- Emel: pra.shahalam@uitm.edu.my / pptshahalam@uitm.edu.my
- No telefon: 03-5521 1416 | 1444 | 1448 | 1449 | 1448 | 1416
- TikTok : @bppuitm
- Facebook : bppuitm.official
- Telegram : bppuitm
- YouTube : bppuitm
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.