Kisah
Perasaan Campur Baur Pelajar SPM 2023 Selepas Terima Keputusan Peperiksaan
Perasaan Campur Baur Pelajar SPM 2023 Selepas Terima Keputusan Peperiksaan
Seorang pelajar SPM 2023 berkongsi perasaan ‘campur baur’ selepas menerima keputusan peperiksaan hari ini.
Dalam video selama 17 saat yang dimuat naik oleh Balqis di TikTok, iaitu salah seorang pelajar SPM kelihatan sedang menyemak keputusan SPM bersama ibunya. Wajah Balqis berubah sedikit sedih setelah melihat keputusan SPM beliau dan ibunya terus memeluk erat anak perempuannya itu dari belakang. Ibunya juga memberikan kata-kata semangat untuk Balqis.
“Tak capai target tapi ibu still sangat proud with my result, kecewa sikit tapi still bersyukur,” katanya.
Manakala di ruangan komen, ramai pengguna TikTok yang juga pelajar SPM 2023 yang telah memperoleh keputusan kemarin berkongsi pengalaman mereka ketika memperoleh keputusan.
“Saya pun sama. Walaupun saya tak puas hati dengan keputusan saya, ayah tetap bangga dengan saya,” kata seorang pengguna.
“Reaksi ibu saya pun sama bila saya tengok keputusan saya,” tambah seorang lagi.
Di samping itu, terdapat juga warga maya yang memberikan dorongan dan kata-kata semangat buat semua calon SPM 2023 agar tetap bersyukur dengan keputusan yang diperolehi dan jagan putus asa lagi. Perkongsian ini juga menunjukkan betapa pentingnya sokongan keluarga, terutamanya ibu bapa dalam menghadapi kegagalan atau kekecewaan. Walaupun tidak mencapai sasaran, kasih sayang dan sokongan mereka menjadi sumber kekuatan untuk terus berusaha dan berjaya pada masa hadapan bagi anak-anak.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah