Kisah
Rahsia Kejayaan SPM: Fifi Nurfatin Pelajar Orang Asli Peroleh Keputusan Cemerlang SPM
Rahsia Kejayaan SPM: Fifi Nurfatin Pelajar Orang Asli Peroleh Keputusan Cemerlang SPM
Kecekalan dan pengorbanan seorang pelajar Orang Asli dari Kampung Sungai Segenting Chenderiang, berkongsi rahsia kejayaan SPM 2023 di mana dia sanggup bangun seawal 4 pagi untuk mengulang kaji pelajaran, nyata membuahkan hasil yang manis. Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 17, dari suku Semai, berjaya meraih keputusan cemerlang dengan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan linangan air mata kegembiraan, Fifi dan ibu bapanya menyemak keputusan secara dalam talian di rumah. Anak sulung daripada empat beradik ini memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, dan Matematik serta A dalam Bahasa Inggeris, Fizik, dan Kimia dan A- dalam Matematik Tambahan serta Biologi.
Tidak percaya dengan kejayaannya, Fifi segera bergegas ke Sekolah Menengah Sains Tapah untuk mendapatkan slip keputusan SPM secara fizikal. “Saya sangat bersyukur atas kejayaan ini dan berharap lebih ramai Orang Asli akan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah neneknya.
Fifi berkongsi rahsia kejayaan SPM nya bahawa dia tidak menghadiri kelas tuisyen sebaliknya memberi tumpuan penuh ketika sesi pembelajaran dan kelas tambahan di sekolah. Fify juga bercita-cita menjadi warga pendidik, dia mengetepikan perasaan rendah diri dan berusaha mendapatkan bantuan guru secara peribadi apabila tidak memahami sebarang topik dalam mata pelajaran.
“Saya sering mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam dan bangun seawal 4 pagi untuk sambung belajar demi mencapai kejayaan ini. Memang tidak sangka saya berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana semasa percubaan SPM, saya hanya mendapat 3A,” katanya yang juga aktif dalam sukan bola keranjang sehingga mewakili daerah dan catur ke peringkat negeri. Bijak mengatur masa belajar dengan aktiviti kokurikulum juga antara rahsia kejayaan SPM yang telah membantunya mencapai keputusan cemerlang.
Bapanya, Marjaidi Hirwan Sinak, yang bekerja sebagai tukang kebun, sering berpesan supaya tidak meninggalkan solat manakala ibunya mengingatkan supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain, menjadi antara dorongan kuat untuk berjaya. Marjaidi, 40, amat bersyukur dan gembira selepas menghadapi pelbagai cabaran sepanjang anaknya bersekolah.
“Dia memang rajin belajar sejak kecil lagi dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk aktif dalam sukan. Bantuan yang diterima menerusi biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebanyak RM700 ketika dia memasuki tingkatan lima sedikit sebanyak membantu membiayai perbelanjaan dan keperluan sekolah,” katanya.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah