Connect with us

Kisah

“Mengenang Ahmad Ammar: Legasi Anak Muda Malaysia di Bumi Turki”

Avatar of farhan nizam

Published

on

Add a heading 3 1

“Mengenang Ahmad Ammar: Legasi Anak Muda Malaysia di Bumi Turki”

Ahmad Ammar

Baru-baru ini, tular video Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar di Kota Istanbul, Turki. Dalam klip TikToknya, beliau melawat makam Ahmad Ammar Ahmad Azam, anak muda Malaysia yang dimakamkan di kuburan sahabat nabi. Allahyarham meninggal dunia pada usia muda akibat kemalangan jalan raya.

Ahmad Ammar meninggal dunia pada tahun 2013 Awal Muharram di Istanbul ketika berusia 20 tahun. Difahamkan yang Allahyarham sedang menuju ke rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara yang baru datang di Instanbul dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Ahmad Ammar menuntut dalam bidang Sejarah di Universiti Marmara dengan biasiswa Kerajaan Turki. Kematiannya yang tragis meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang.

Ahmad Ammar

Dalam video tersebut, Dr. Mohd Na’im menyatakan harapannya agar semangat dan perjuangan Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam dapat dijadikan inspirasi oleh golongan belia di Malaysia. Beliau menekankan bahawa perjuangan Allahyarham dalam dakwah, agama, dan membantu mereka yang memerlukan patut dicontohi. “Semangat dan roh perjuangan beliau ini diharap dapat dihayati oleh anak-anak muda di Malaysia dan di seluruh dunia, Insya-Allah,” ujarnya lagi. Allahyarham dikenang sebagai seorang pemuda yang berdedikasi dalam menuntut ilmu dan berbakti kepada masyarakat.

Ahmad Ammar

Ahmad Ammar juga dikenang sebagai pelajar cemerlang di RMC (Maktab Tentera Diraja) dan memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sejarah di Turki sesuai dengan harapan kedua ibu bapanya. Ribuan orang menghadiri solat jenazahnya di Masjid Abu Ayyub al-Ansari, dan beliau dimakamkan berhampiran sahabat Rasulullah, Abu Ayyub al-Ansari. Namanya terus dikenang sebagai simbol perjuangan dan dedikasi serta meninggalkan legasi sebagai seorang pemuda yang gigih menuntut ilmu, menyertai pelbagai misi kemanusiaan, dan memberikan inspirasi kepada generasi muda.

Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.