AGAMA
Penjaga Raudhah Dan Masjid Nabawi- Anak Jati Malaysia Turut Tergolong

Penjaga Raudhah Dan Masjid Nabawi- Anak Jati Malaysia Turut Tergolong
Di balik niqab yang hanya menampakkan sepasang mata tajam memerhati untuk menjaga Raudhah dan Masjid Nabawi, tidak disangka bahawa di antara petugas yang kebanyakan dari Arab Saudi, ada dua beranak dari Malaysia yang menjalankan tugas menjaga Raudhah dan Masjid Nabawi.
Zuraini Mukri, 46, dari Selayang, Selangor, bertugas lebih dari tujuh jam sehari di Masjid Nabawi sejak setahun lalu. Ini memberinya peluang untuk lebih dekat dengan Rasulullah SAW dan melihat berbagai gelagat manusia dari pelbagai negara.
“Tanggungjawab saya lebih kepada kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Thailand. Saya pastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan patuh kepada arahan sewajarnya,” katanya kepada media baru-baru ini.
Ibu kepada lapan orang anak tersebut, kini menetap di Madinah bersama suaminya Dr Noordin Othman, 53, menyatakan bahawa melayani jemaah yang pelbagai memerlukan kesabaran dan keadilan. “Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter jemaah yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil,” katanya. Zuraini turut berkongsi pengalaman menjaga Raudhah, di mana sesetengah jemaah lebih fokus pada pengambilan video dan swafoto, walaupun masa di sana seharusnya digunakan untuk beribadah.
Sementara itu, anaknya, Nur Afrina Noordin, 20, turut bekerja di Masjid Nabawi dan Raudhah, dan berkata pengalaman tersebut banyak mengajarnya tentang kehidupan manusia.
“Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu tentang pelbagai ragam manusia yang datang ke sini,” katanya.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah