AGAMA
Menjadi Muzawwir Kepada Ibu Bapa Sendiri Dalam Ziarah di Madinah Menjadi Bukti Keajaiban Perancangan Allah
Menjadi Muzawwir Kepada Ibu Bapa Sendiri Dalam Ziarah di Madinah Menjadi Bukti Keajaiban Perancangan Allah
Muzawwir jemaah haji kepada kumpulan Mohd Nasir Yusof yang bertugas sebagai Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak di Machang, Kelantan serta isteri Ruzila Ab Halim, seorang guru bahasa Arab, merasakan betapa menakjubkan perancangan Allah SWT apabila anak sulung mereka, Muhd Atiqullah 23 tahun, yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah menjadi Muzawwir bagi kumpulan mereka semasa melakukan ziarah di Madinah.
Mohd Nasir dan Ruzila tidak pernah menjangka anak mereka akan menjadi pengiring, terutamanya selepas mereka menolak tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun lalu akibat beberapa sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Namun, apabila mereka mendapat tawaran semua pada tahun ini, mereka terus menerima tawaran tersebut sekaligus menjadi peluang untuk berjumpa anak sulungnya yang sudah setahun tidak berjumpa. Allah adalah sebaik-sebaik perancang apabila tidak disangka-sangka anak sulungnya menjadi pengiring kumpulan mereka.
Muhd Atiqullah yang baru pertama kali menjadi Muzawwir terharu ketika mengetahui bahawa kedua ibu bapanya turut menyertai ziarah tersebut, dan pada masa yang sama, dia sendiri tidak menjangkakan akan menjadi pengiring kepada ibu bapanya.
Muhd Atiqullah, yang merupakan anak sulung dalam keluarga, telah menunjukkan keteladanan dengan menjadi Muzawwir bagi kumpulan ibu bapanya. Ini adalah satu inspirasi kepada adik-adiknya yang menunjukkan betapa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan keluarga, serta menyemarakkan semangat memperoleh ilmu agama dalam masyarakat.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah