Connect with us

Kisah

“Seorang Tukang Gunting dan perjalanan menariknya: Wan Hazman Wan Mansor dan Manros Hairstudio”

Published

on

tukang gunting

“Seorang Tukang Gunting dan perjalanan menariknya: Wan Hazman Wan Mansor dan Manros Hairstudio”

tukang gunting

 

 

Tukang gunting rambut selalu dicari-cari ketika seorang lelaki ingin mengemaskan asetnya iaitu rambut. Namun kedai gunting rambut kadangkala dianggap sekadar tempat untuk lelaki “touch up” rambut untuk mengemaskan potongan rambut , berbeza bagi kaum wanita, kedai ini lebih dikenali sebagai salon yang merupakan pusat kecantikan bagi mereka. Mereka tidak hanya mendapatkan potongan rambut di sini, tetapi juga berbagai rawatan muka, potongan kuku, urutan badan, dan lain-lain. Ini menjelaskan mengapa industri kedai gunting rambut lelaki jauh lebih suram berbanding dengan kaum wanita.

Namun dengan peredaran zaman yang menampakkan pelbagai gaya potongan rambut baharu, Wan Zaman Wan Mansor percaya bahawa kedai gunting rambut lelaki akan menjadi tumpuan para jejaka menyebabkan beliau menjadi seorang tukang gunting dan menjadikan kedai gunting rambut sebagai pembawa rezeki baginya.

tukang gunting

 

Wan Hazman Wan Mansor, pengasas Manros Hairstudio, memulakan perjalanan sebagai tukang gunting rambut dengan hanya bermodalkan minat dan keberanian. Walaupun dihadapkan dengan pelbagai cabaran seperti tentangan keluarga dan kehilangan ibunya semasa pembukaan kedai, dia tidak berputus asa.

tukang gunting

Nama kedai, Manros Hairstudio, diilhamkan daripada nama ibu bapanya iaitu Mansor dan Rosnah, sebagai penghargaan kepada mereka. Hazman bercita-cita menjadikan kedainya yang terkenal di Cyberjaya menjelang 2026, dengan rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di Lembah Klang menjelang 2030. Manros Hairstudio juga menawarkan perkhidmatan rawatan muka dengan harga berpatutan, menjanjikan pengalaman kecantikan yang istimewa kepada pelanggan.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.