Keluarga
Penggunaan Carseat Secara Berterusan boleh Menyebabkan Pelbagai Masalah kepada bayi.
Penggunaan Carseat Secara Berterusan boleh Menyebabkan Pelbagai Masalah kepada bayi.
Walaupun dah pernah share sebelum ni, saya tetap nak panjangkan lagi perkongsian dari Dr. Putri Afzan Maria tentang carseat 2-hour rule & info dari baby safe ni.
Tahun depan ibubapa yang ada anak kecil dah wajib guna carseat. Tapi ramai yang masih tak tahu, had masa yang disyorkan bagi anak kecil (bayi hingga kanak² berusia 4 tahun terutamanya) boleh diletakkan/duduk dalam carseat tak melebihi 2 jam secara berterusan.
Jika bayi dan kanak² duduk dalam carseat melebihi 2 jam secara berterusan boleh menyebabkan
1) gangguan proses pertumbuhan tulang belakang
2) menyebabkan masalah tulang belakang di masa akan datang
3) gangguan saluran pernafasan jika anak tidur dalam posisi kepala tunduk ke depan/mendongak
4) kematian akibat kekurangan oksigen bagi kes² tertentu.
Duduk dalam satu² posisi dalam tempoh masa yang lama akan memberikan tekanan pada tulang belakang. Bukan hanya orang dewasa, bayi & kanak² juga tak terkecuali mengalami masalah tulang belakang dan masalah kekejangan otot. Lebih² lagi, struktur tulang belakang mereka masih belum cukup kuat. Proses pertumbuhan tulang belakang boleh terganggu & boleh juga menyebabkan masalah tulang belakang dimasa hadapan.
Menurut Dr Dieter Breithecker pula, antara penyebab sakit belakang dikalangan kanak² adalah proses perkembangan tulang belakang terganggu akibat dari pergerakan spontan yang terbatas (samada berbaring atau duduk dengan terlalu lama). Dari itu penting untuk membiarkan anak dapat bergerak bebas setelah duduk didalam carseat selama 2 jam kerana pergerakan spontan dan aktiviti dapat membantu anak mengembangkan semua otot dan menguatkan posturnya.
Dalam perjalanan yang jauh, sudah pasti anak² akan tertidur ketika duduk didalam carseat mereka. Saluran pernafasan bayi kecil & sempit. Sekiranya bayi/kanak² tidur dalam posisi kepala tertunduk ke depan, aliran udara ke paru² akan terbatas & boleh menyebabkan kekurangan oksigen. Apabila penurunan tahap oksigen dalam darah lebih rendah daripada 90% keadaan yang dipanggil ‘Hypoxia’ boleh berlaku. Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh yang lama, boleh juga menyebabkan sawan, koma, kerosakan pada otak & juga kematian. Bayi & anak kecil dengan tulang leher belum cukup kuat, bayi tak cukup berat, bayi pramatang, serta bayi & kanak² yang mempunyai masalah jantung/paru² lebih berisiko tinggi mengalami masalah gangguan pernafasan ini. Namun risiko ini dapat dikurangkan dengan penggunaan carseat dengan ciri² keselamatan & mempunyai pad/sokongan untuk kepala.
Had Masa 2 Jam Mengurangkan Risiko
Kebanyakan pengeluar carseat syorkan had masa 2 jam sahaja bagi bayi dan kanak² duduk dalam carseat dalam tempoh 24 jam kerana penggunaan yang lebih lama akan meningkatkan risiko² tadi. Tapi penggunaan carseat dalam negara kita belum meluas apatah lagi kesedaran tentang risikonya. Sebab tu perlunya kesedaran dikalangan ibubapa tentang langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan carseat supaya dapatkan elakkan berlakunya masalah kesihatan pada masa hadapan/perkara yang tak diingini berlaku.
Perlu Di Ingatkan ye walaupun penggunaan carseat masih berisiko, ianya mampu mengelakan dengan had masa yang disyorkan, penggunaan carseat yang bersesuaian dan mengikut piawaian. risiko gangguan kesihatan ini juga ternyata lebih rendah berbanding risiko kema-tian bayi dan kanak-kanak akibat kemal-angan.
JANGAN JADIKAN ALASAN.
Lepas ni ibubapa jangan pula jadikan ianya alasan untuk taknak gunakan carseat. Gunalah carseat dengan cara yang betul & tepatilah had masa yang disyorkan. Pastikan juga bayi & kanak² dalam carseat sentiasa diawasi seseorang/penjaga/dipantau keadaannya. Bagi perjalanan yang jauh, sebaik²nya rancang dulu perjalanan supaya dapat berhenti setiap 2 jam. Anda hanya perlu berhenti & berehat di mana² perhentian yang selamat selama 10-15 minit sahaja agar anak dapat berbaring, bergerak, berehat, meregang & meluruskan tulang belakang seketika.
Kesempatan ini juga boleh digunakan untuk korang berehat, segarkan badan, tambah bekalan makanan jika perlu. Ini bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih selesa tetapi dapat juga mengelakkan kejadian² yang tak diingini seperti keletihan melampau, micro sleeping, dsbnya.
P/s: 2-hour rule ni bukan setakat penggunaan carseat je tapi termasuk gak carrier, bouncer dll sitting devices. 2 in 1 carrier carseat ni selalunya digunakan ketika shopping. Penting untuk keluarkan anak sekejap supaya dapat stretch tulang belakang sementara tukar diapers tu.. Tukar anak dalam posisi berdiri & kalau boleh baringkan sekejap (jika di baby room), sebelum sambung shopping berjam² lak..
Sumber : Dr. Putri Afzan Maria
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.