Connect with us

Keluarga

Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Seorang wanita yang tertekan uruskan anak, Ini nasihat Berguna kepadanya.

Published

on

Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Seorang wanita yang tertekan uruskan anak Ini nasihat Berguna kepadanya. 1

Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Seorang wanita yang tertekan uruskan anak, Ini nasihat Berguna kepadanya.

Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.

Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari puk-ul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam menga-muk di rumah. Macam mana saya tak menga-muk, dia pu-kul adiknya. Menje-rit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing be-rak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya mar-ah dan puk-ul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.

75543636 2765717353458492 8725664062588846080 n

Jawab saya sebenarnya anak-anak yang aktif tanda anak tu sihat dan pandai. InsyaAllah bakal Daie besar. Anak-anak buat semua tu kerana dahagakan belaian kasih sayang. Belajar lihat semua ini amanah. Solat mengadu pada Allah. Zikir dan doa. Banyak taubat. Berdosa orang lepaskan geram pada anak-anak.

Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak

Cucu Rasulullah saw dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi saw masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah saw tapi Rasulullah saw tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah saw. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka

Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.

Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.

Majalah ilmu : Sayangi anak-anak kita. Buat baik kepada mereka. Jangan kita lakukan contoh tak baik buat mereka dengan perilakukan tindakan negatif, berat padahnya. Kita kena ‘bayar cash’ di dunia ini anak-anak tiru gaya ibu ayah. Cara kita bertutur ibu dan bapa akan dicontohi oleh anak-anak kita. Ingatlah mata-mata kecil yang melihat dan meniru.

Sumber : ebitlewofficialpage

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.