Connect with us

Kisah

Seorang Pemuda OKU Tidak Berasa Malu Kerja Sebagai Pemungut Sampah Demi Mencari Sesuap Nasi Untuk Membalas Jasa Orang Tua

Published

on

Seorang Pemuda OKU Tidak Berasa Malu Kerja Sebagai Pemungut Sampah Demi Mencari Sesuap Nasi Untuk Membalas Jasa Orang Tua

Seorang Pemuda OKU Tidak Berasa Malu Kerja Sebagai Pemungut Sampah Demi Mencari Sesuap Nasi Untuk Membalas Jasa Orang Tua

Jasa ibubapa sangat besar kepada anak-anaknya. Kita perlulah berusaha sedaya upaya untuk menghargai jasa kedua orang tua kita walau macam mana keadaan pun kita harus menghargai jasa mereka kerana tanpa mereka siapalah kita. Begitulah kisah baru-baru ini seorang lelaki OKU yang bernama Wan Ahmad Nabil Wan Abdul Wahid yang berasal dari Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu, Kelantan telah jadi tular di media sosial.

Dikatakan lagi, pemuda yang berusia 30 tahun tersebut gigih bekerja sebagai pemungut sampah dari rumah ke rumah semata-mata demi untuk meneruskan kelangsungan hidup berikutan pandemik COVID-19.

Mencari rezeki demi balas jasa kedua ibu bapa

sampahroda1 1625180707 e1625206184669

Lebih mengharukan apabila dia memberitahu bahawa ‘kerjayanya’ itu adalah demi membalas jasa serta pengorbanan ibunya, Rohana Ngoh dan bapanya, Wan Abdul Wahid Wan Mamat.

Tak malu pungut sampah

Dalam pada itu, Nabil yang dikategorikan OKU ketidakupayaan fizikal (sawan) itu mengakui sedikit pun tidak berasa malu memungut sampah untuk mencari rezeki.

“Ambo tak malu pungut sampah. Ambo cari rezeki halal, tidak mencuri dan tidak meminta-minta,” tegasnya.

Jelas anak kelima daripada 14 beradik itu, dia mula menawarkan servis memungut sampah dari rumah ke rumah dan kedai ke kedai sejak Oktober tahun lepas. Kini, dia memiliki lebih 40 pelanggan tetap, setiap bulan.

KUTIP SAMPAH 1

Tambahnya lagi, sebelum ini dia beerja sebagai tukang urut dan inisiatif memungut sampah itu tercetus kerana tiada perkhidmatan berkenaan disediakan di kawasan kejiranannya serta 1 peluang untuk cuba nasib.

Biarpun hanya menggunakan motosikal beroda 3 serta troli dijadikan sebagai ‘lori sampah’, pemuda itu memulakan kerja seawal jam 8 pagi dan selelsai sekitar 2 petang.

Caj perkhidmatan memungut sampah secara bulanan yang dikenakan bergantung kepada jarak perjalanan dari rumahnya ke lokasi pelanggan dengan caj serendah RM30 bagi sebuah rumah dan RM50 bagi premis kedai.

Tonton video penuh:

Majalah ilmu: Kita doakan semoga pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga. Semoga dengan jasa baiknya kepada ibubapanya dibalas baik oleh Allah. Aamiin.

Sumber: BERNAMA / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.