Connect with us

Kisah

Seorang Pemuda OKU Walaupun Tiada Sebelah Tangan Namun Tetap Gigih Kerja Di Bengkel Motor Demi Mencari Sesuap Nasi

Published

on

Seorang Pemuda OKU Walaupun Tiada Sebelah Tangan Namun Tetap Gigih Kerja Di Bengkel Motor Demi Mencari Sesuap Nasi

Pada masa sekarang ini ramai yang terkesan dengan pandemik ini tidak kira yang orang normal ataupun yang kurang upaya. Namun seseorang yang memiliki ketidaksempurnaan anggota badan akan mengalami kesukaran didalam mencari rezeki disebabkan bermacam halangan dan cabaran yang hendak ditempuhi.

Walaupun begitu ada di antara mereka yang tetap berusaha untuk berjuang mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Begitulah kisah seorang pemuda OKU yang bekerja sebagai mekanik kereta yang berasal dari Aceh Utara ini.

Berusaha kerja tidak pernah mengeluh walaupun hanya sebelah tangan

Biarpun hanya memiliki satu tangan, dia tetap bersemangat mencari nafkah buat diri dan keluarga tercinta.

Sering dilihat memakai baju dan seluar yang kotor, dia sama sekali tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa menggunakan kedua kaki untuk memudahkannya bekerja.

Kisah pemuda OKU berkenaan telah dikongsi oleh akaun Instagram @makassar_iinfo dan sehingga kini menjadi viral di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak tatkala menyaksikan video berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar dirinya dikurniakan rezeki dan sihat selalu.

Semoga sihat selalu ya

Semangat luar biasa

Lihatlah ke bawah untuk selalu bersyukur

Semoga dilancarkan rezeki

Majalah ilmu: Semoga pemuda ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya. Semoga kita doakan supaya covid ini segera berakhir dan kembali seperti sediakala. Aamiin.

Sumber: Instagram @makassar_iinfo

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!