Connect with us

Kisah

Seorang Kanak2 Berumur 7 tahun Hidap Sakit Kronik Hanya Terlantar Di Katil Berkeinginan Mahu Jadi Seorang Hafiz Al-Quran

Avatar of majalahilmu

Published

on

Seorang Kanak2 Berumur 7 tahun Hidap Sakit Kronik Hanya Terlantar Di Katil Berkeinginan Mahu Jadi Seorang Hafiz Al Quran

Seorang Kanak2 Berumur 7 tahun Hidap Sakit Kronik Hanya Terlantar Di Katil Berkeinginan Mahu Jadi Seorang Hafiz Al-Quran

Sejak Kebelakangan ini, Ada kisah iaitu seorang kanak-kanak yang istimewa bernama Muhammad Denda Setiawan menjadi heboh di seluruh media negara Indonesia.

Sebuah kisahnya ini telah mencuri perhatian banyak disebabkan di umurnya seawal 7 tahun, anak kecil itu sudah diuji dengan satu penyakit Hidrosefalus.

60ddb09ea282c

Sebagai pengetahuan bagi anda semua, Hidrosefalus adalah merupakan penyakit di mana terdapat lebihan cecair menekan otak sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak.

situasi ini sering terjadi di kalangan bayi dan individu berusia. Simptom utamanya adalah pembesaran kepala pada bayi, seperti apa yang berlaku pada Denda.

Selain daripada itu, pesakit turut mengalami sakit kepala, gangguan penglihatan, gangguan kognitif serta koordinasi.

Namun apa yang lebih mengharukan mengenai kisah Denda adalah apabila anak kecil tu mengadu mengalami sakit kepala, dia akan meminta ibunya untuk memeluk dirinya sambil berselawat.

Walaupun begitu, biarpun hanya terlantar di atas katil sehingga tidak mengizinkan dirinya untuk ke sekolah seperti kanak-kanak seusia lain, Denda bercita-cita untuk menjadi seorang Hafiz al-Quran.

Dikeranakan pergerakan yang sangat terhad, setiap hari Denda bersemangat belajar mengaji dan menghafal al-Quran bersama ibu tercinta di rumah.

60ddb09435cbd

Dikatakan lagi, si bapa hanya bekerja sebagai buruh pembinaan.

Namun pun meraih pendapatan cukup-cukup makan setiap hari, si ayah sanggup membanting tulang demi membiayai rawatan anaknya.

Walaupun begitu sehingga hari ini, si ayah hanya mampu membawa Denda berubat secara tradisional dek disebabkan bayaran rawatan hospital terlalu mahal.

Semoga Allah memberi kesembuhan terhadap adik Denda. Amin.

Majalah ilmu: Marilah kita semua sama-sama doakan supaya anak ini diberikan kesembuhan oleh Allah. Semoga seluruh keluarganya dimurahkan rezekinya dan dipermudahkan segala urusan mereka. Sama-sama kita aminkan. Aamiin.

Sumber: Indozone / Ohmymedia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU